Tragis, seorang budak perempuan 10 tahun ditemui meninggal dunia dan tergantung di rumahnya di Bandar Damai Perdana Cheras, semalam. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah, budak perempuan itu ditemukan oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.30 pagi, Bernama melaporkan.
“Budak perempuan itu dijumpai dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga,” katanya. Tambahnya, hasil siasatan mendapati anak sulung daripada dua beradik itu kali terakhir dilihat masih hidup pada Rabu pada 9 malam sebelum masuk tidur. “Proses bedah siasat telah dijalankan pakar Hospital Serdang dan mendapati tiada kesan kecederaan lain yang berunsur jenayah dan tiada serangan seksual,” katanya lagi.
Malah, keterangan semua ahli keluarga sudah diambil dan tidak menunjukkan sebarang kejadian mencurigakan. Siasatan kini diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian. - CARI
|
clarizsa: Laaaa thread lain plakI dah komen kt thread lain hmmmKenapala semua nk accused budak ni suicideI syak kes bunuh dan sexual abuse
clarizsa replied at 4-1-2020 07:19 AM
Laaaa thread lain plak
I dah komen kt thread lain hmmm
ADVERTISEMENT