Kita tak sedar kewujudan kawasan perumahan yang tumbuh bagaikan cendawan adalah hasil daripada pembalakan yang turut menghancurkan hidupan liar. Kini, menyedihkan anggaran hanya tinggal 50,000 orang utan liar hidup di dalam hutan Borneo, salah satunya kerana aktiviti pembalakan ini. Satu video orang utan jadi perhatian ramai ini apabila haiwan itu cuba menyelamatkan rumahnya daripada dihancurkan pembalak di Indonesia.
Banyak penebangan hutan hujan di Borneo dan digantikan dengan ladang kelapa sawit. Permintaan pengguna yang tinggi terhadap minyak sawit merupakan punca utama penebangan hutan dan kehilangan habitat untuk orang utan ini. Sedihnya melihat keadaan habitat liar yang kian terancam akibat pembangunan. - CARI |
ADVERTISEMENT