CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ceritakan Kisah 2 Cinderella Moden Ini Kepada Anak-Anak Kita"

22-1-2020 11:33 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 3471| Komen: 15|Original author: Green Lantern



Selain isu semasa, kita juga perlu mendengar kisah-kisah inspirasi untuk dijadikan semangat lebih berjaya dalam hidup. Lebih menarik ianya sepatut dikongsikan kepada generasi muda iaitu anak-anak kita bahawa setiap orang ada potensi untuk berjaya walaupun bukanlah pilihan utama.




Seperti yang dinukilkan oleh pengguna Facebook ini, Mohszin Mokhtar yang mendapat hampir 10,000 perkongsian berkenaan kejayaan dua atlet Malaysia memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019 iaitu Haiqal Hanafi dan Kisona Selvaduray. Apa yang menariknya mengenai mereka berdua? 

"Dua-dua muda, Haiqal baru 20, Kisona 21. Dua-dua juga pergi ke Sukan SEA sebagai atlit gantian. Mereka bukan pilihan utama. Atlit yang sepatutnya bertanding cedera. Dua-dua hampir tidak dikenali sebelum ini. Tiada dalam radar berita suka tanah air. Dua -dua juga tentulah bukan atlit dengan ranking tertinggi sebelum Sukan SEA. Tiada harapan disandar, tetapi..."


Kredit foto: FB

Menurutnya lagi selama ini harapan diletakkan kepada peserta utama iaitu acara pecut yang lebih mengagongkan Russel, J Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan. Manakala badminton single wanita pula lebih melihat Goh Jin Wei dan Sonia Cheah. Namun siapa sangka Haiqal dan Kisona berjaya mengukir kejayaan luar biasa. Mereka seakan permata yang tersembunyi, menunggu masa untuk menyinar bila diberi peluang.

"Maka beritahulah pada anak-anak kita - sekiranya mereka belum dapat peluang mereka, teruslah berusaha.

Sekiranya orang di sekeliling mereka beritahu mereka yang mereka kurang bagus, jangan putus asa. Terus berusaha.

Dan, sekiranya orang menolak mereka atas sebab bakat - percayalah bakat boleh diatasi dengan kerja keras!

Seperti cerita Haiqal. Seperti cerita Kisona."


Google


Catitnya lagi Haiqal pernah bercakap tentang catatan 10.35saat sebelum ini. Namun tidak pernah diberi cukup peluang. Dan di Sukan SEA, dia betul-betul melakukan 10.35s seperti yang dicanangnya hingga dinobatkan Raja Pecut Asia Tenggara! Yang orang lain anggap seperti cita-cita Mat Jenin untuknya sebelum ini.


Google


Manakala Kisona pula, dia menyedari yang dirinya bukanlah a fancy player. Dia hanya turun ke gelanggang dengan 2 gameplan - cuba ambil semua bola dan tidak menyerah kalah. Kerana apa yang akan berlaku pada akhir perlawanan, tiada siapa yang tahu!


Berinspirasi kan cerita sebegini? Seperti kisah Cinderella yang jodohnya anak raja walaupun bukan pilihan pada awalnya. Jadi, kisah ini yang harus dikisahkan kepada anak-anak bahawa kejayaan akan datang tepat pada waktunya, asalkan tidak pernah berputus asa. Jom ceritakan kepada anak-anak kita. - CARI 

4

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • pittjie

  • yeos


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 22-1-2020 11:41 AM
Tq tt nice info
Quote Kurex 22-1-2020 11:51 AM
iols bangga dengan haiqal..
Quote awanysss 22-1-2020 11:52 AM
tahniahh.. smoga terus maju lg..
Quote Artemesiaa 22-1-2020 11:59 AM
Syabas buat mereka moga lebih berjaya dimasa depan
Quote NekNgah 22-1-2020 12:05 PM
semoga mereka tidak lagi dipandang sepi.
Quote saviour_09 22-1-2020 12:10 PM
this is how malaysian do it!
Quote nazzse 22-1-2020 12:23 PM
ohh nak nangis...happy for them..jadi athlete bukan senang
Quote chicozinn 22-1-2020 01:08 PM
ptutlah KHJ xde mse acara sprint rupa2nya haiqal ganti dia ea?tapi berbaloi2 sbab dpat emas
Quote BoongaKertas 22-1-2020 02:17 PM
thank you tt utk thread yg bermanfaat mcm ni
Quote yeos 22-1-2020 03:01 PM
best baca cerita macam ni... tq for sharing
Quote RatuDunia94 23-1-2020 12:39 AM
Kadang2 jd peserta underdog lbh baik dr peserta pilihan.. kurang pressure. Most atlit ni kadang x deliver bukan sbb kurang latihan etc.. tp sbb pressure n high expectation.
Quote bellaamsar 23-1-2020 11:35 AM
Tahniah! Bangga dgn diorang
Quote papazola90 23-1-2020 12:52 PM
cerita seperti ini yang patut diceritakan supaya menjadi inspirasi kepada anak watan.
Quote Cassieopeia 23-1-2020 05:33 PM
ni baru boleh jd idola, keje keras n berjaya. tahniah dik
Quote takkizawa 31-1-2020 11:07 AM
Malaysia Boleh!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.135757 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top