Walaupun dijangka hidup lagi 5 tahun, ibu tunggal, Idayu Mohamad yang menderita kanser tahap 4 kini telah pergi selama-lamanya. Idayu yang sebelum ini merupakan ahli aktif di laman Facebook Group 'Masak Apa Hari Ini' (MAHN) pernah tular di sosial media dek kegigihan beliau menjual kuih-muih dan nasi lemak walaupun sedang berjuang menghadap sakit kanser, demi menyara ketiga-tiga anaknya. Menurut pihak pengelola group MAHN, arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi semalam setelah bertahun-tahun menanggung sakit.
Loading FB Post... Tinjauan penulis di laman Facebook Idayu Mohamad mendapati beliau telah lama berhenti berniaga dan mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk meneruskan rawatan serta terpaksa bergantung kepada mesin oksigen selama 24 jam dan seterusnya terlantar di wad Onkologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum meninggal dunia. Loading FB Post... Loading FB Post... Semoga kekuatan dan kecekalan arwah sewaktu hayatnya menjadi inspirasi kepada orang ramai. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Idayu Mohamad.- CARI Sumber: Facebook/Idayu Mohamad |
RumiMenari: Takziah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..I pernah join group MAHN..nak dpt idea..x pernah post/komen ape2..tp unfollow bl asek tgk ah ...
ADVERTISEMENT