Seorang wanita menarik perhatian ramai pihak apabila dia mendakwa mampu meramal masa depan dengan cara melambung asparagus ke udara. Jurujual, Jemima Packington, 64 dari United Kingdom turut dikenali sebagai Asparamancer, berkata sayur tersebut akan membentuk corak dan dia akan membuat tafsiran berdasar corak tersebut.
“Kebiasaannya 75 hingga 90 peratus ramalan saya tepat dan dibuat setiap tahun termasuk tahun ini. “Ada masa petunjuk itu sedikit sahaja sehingga saya gagal membacanya dengan tepat tetapi keputusannya tidak terpesong jauh,” katanya. Memetik laporan Mirror, wanita ini berkata kelebihan tersebut diperoleh daripada ibu saudaranya yang juga mempunyai kemahiran meramal masa depan, namun menggunakan daun teh.
Antara ramalannya termasuklah, England bakal memenangi kejohanan kriket Piala Dunia 2020. Berapa peratuskah kebenaran terhadap ramalannya kali ini? - CARI
|
mikasa replied at 7-1-2020 10:21 AM
Aku nak beli asparagus..pastu ramal akan kenyang nsnti
ADVERTISEMENT