Disebabkan jalan yang sentiasa rosak tanpa ada pembaikan dilakukan, penduduk di daerah Sugut Paitan bersepakat membuat sesuatu yang unik untuk menarik perhatian pihak berkuasa. Mereka membuat gimik mandi, menangkap ikan di lopak air jalan yang rosak dan menanam pokok pisang sebagai tanda protes dan mahu suara mereka didengari. Biarpun ianya kelihatan agak lucu, namun mesej yang dibawa oleh penduduk daerah di Sabah ini haruslah diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan bukannya memandang sebelah mata sahaja kerana tiada kepentingan politik.
Dengan memegang kain rentang sepanduk "Mohon Kerajaan Persekutuan & Negeri baiki Jalan Paitan Kanibongan - Suara Rakyat Sugut Paitan", sekumpulan penduduk Paitan termasuk kanak-kanak membuat sebarang aksi tanpa sebarang segan silu. Mungkin memikirkan ini antara jalan terakhir supaya ianya menjadi tular seterusnya pihak berkuasa memberi perhatian. Warganet turut 'terhibur' dengan aksi tersebut dan memberikan pelbagai komen yang melucukan. Bagaimanapun isu utama protes ini turut mendapat perhatian serius daripada warganet yang lain. Malahan ada yang menyatakan mereka sudah berada di sini sejak tahun 1998, namun itu adalah jalan sama, tanpa tar dan lebih banyak rosak dari yang diperbaiki. Dalam pada itu, warganet turut mengkritik kerajaan yang sekadar tebu manis di bibir sahaja. Jika kerosakan kecil berlaku di Semenanjung akan terus diperbaiki, tetapi sebaliknya apabila ia berlaku di Sabah dan Sarawak. Sementelah ada projek bernilai RM170juta bagi membina elektrik Hybrid Solar yang dilancarkan pada Ogos 2019 oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar. Akan tetapi jika dilihat jalan sebegini, bagaimana projek ratusan juta itu akan dilakukan? Aduhai, kasihannya penduduk di sana. Katanya dapat peruntukan tapi jalan masih tetap sama. Takkan nak tunggu rakyat yang menderma pula? - CARI |
chicozinn replied at 7-1-2020 11:12 AM
Jalan tak rata sepanjang 9000km?????like seriously????
supernaturalee replied at 7-1-2020 12:47 PM
ni jarak dr paitan ke Noamundi, Jharkhand 833217, India
8995.62 km
shernazz replied at 7-1-2020 01:27 PM
Hahaha
Kalau 9000m tu kena la.juga kan
Tapi 9000km...sampai.ke india.nun..
ADVERTISEMENT