CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerja 2 Bulan Majikan Bayar Gaji RM5 Je, Terpaksa Tolak Motor 6 Jam Balik Kampung

19-1-2020 09:54 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6945| Komen: 26|Original author: natrahn


Cerita yang dikongsi semula oleh Facebook Penang kini mengenai seorang pemuda yang ditemuinya di Lebuhraya Utara Selatan  benar-benar menyentuh perasaan.

Menurut Iwan ketika dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dia ternampak pemuda berkenaan sedang menolak motor di atas lebuh raya di Tapah, Perak.


Pada mulanya Iwan takut untuk berhenti kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. 

Namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk menolong kerana tidak sampai hati untuk membiarkan pemuda tersebut.

Rupa-rupanya motor pemuda tersebut telah kehabisan minyak dari Tanjung Malim lagi dan dia telah menolak motornya selama enam jam sehingga ke Tapah.




Dia nekad akan terus menolak motornya itu sehingga ke Pulau Pinang kerana ketiadaan wang untuk mengisi petrol. Pemuda berkenaan menceritakan bahawa dia ada RM5 saja. 

Menurut pemuda tersebut, beliau  sudah dua bulan bekerja sebagai pegawai keselamatan di Bukit Jalil.  Makan minum tempat tinggal disediakan. 

Namun, beliau tidak dibayar gaji oleh majikannya. Kemuncaknya beliau meminta gaji untuk dikirim ke kampung. Majikan hanya memberikan RM5 dan terus menghalaunya dari situ. 

Dengan berbekalkan RM5 beliau isi minyak untuk pulang ke kampung halaman. 

Warga maya turut berasa sedih dengan nasib pemuda tersebut dan ada jua yang berkongsi pengalaman serupa.


Kredit Foto - FB Penang Kini


Begitulah. Hidup ini kita akan sentiasa diuji sama ada diuji dengan kesusahan mahupun kesenangan.-CARI


Sumber - Facebook Penang Kini

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 19-1-2020 10:12 AM
Berani majikan Msia ni bayar gaji macam spastik
Quote RatuDunia94 19-1-2020 10:16 AM
6 jam tolak motor kau...
Penatnyaaaaaaa...
Quote sarah82 19-1-2020 10:21 AM
Adik.. Semiga dipermudahkan urusan ang dan dimurahkan rezeki.
Quote CatMiow 19-1-2020 10:41 AM
Kerja kat kg je mcm tu dik,  ada duit sikit baru cari kerja kat kl.

Nak cri kerja kat bndr besar ni sebenarnya perlu modal sikit juga mula2.

Keduanya kita tak tahu cerita adik dan majikan sebenarnya. Saya tak berani nak kasihan ke tak kat budak ni.

Sebab perangai orng ni mcm2.  Contoh : Kat tempat kerja suami ni,  ada budak baru masuk,  baru berap hari kerja dah minta advance,  sebab tak ada duit tambang.  Untuk first week bagi la sikit dalan 50$.

Majikan suami jenis bg gaji half month (kira advance,). 15hb lepas,  dah dpt advnce,  katenye tak cukup,  esoknya mintak lagi,  majikan kesian +100$, pagi dtng dpt $,  lepas jumaat lesap.  sabtu,  suami kata tak datang,  hari ni tak tahu cerita dtang ke tak.



Quote Cassieopeia 19-1-2020 11:16 AM
harap ade yg tolong dia dan suruh dia buat aduan dekat pejabat buruh. takkan senang2 je surih org keje pastu xbyr..tau nk untung je.biar lingkup terus
Quote matbad 19-1-2020 11:22 AM
Thread ulangan ke beribu kalinyaaaaaaaaaaaa
Quote Lagubestbest 19-1-2020 03:20 PM
Jual barang kampung kat shopee jela. Ramai je beli dalam tu.
Quote beloomberk 19-1-2020 04:33 PM
Ni lagik kejam dari yaya 34 sebulan..
Quote top5complete 19-1-2020 06:22 PM
memang ada manusia celaka macam tu..semoga keturunan dia muflis.. ingat Tuhan sentiasa melihat
Quote natrahn 19-1-2020 08:10 PM
matbad replied at 19-1-2020 11:22 AM
Thread ulangan ke beribu kalinyaaaaaaaaaaaa

Ye ke... Susah juga asyik clashed... Cobaan
Quote diss69 19-1-2020 08:42 PM
Kesiannya.. Sampai hati majikan perah tenaga pekerja xbyr gaji.. Kalau adik dipihak yg benar achik doakan moga rezki di tmpt lain mencurah2 dtng..
Quote lonso 20-1-2020 08:17 AM
Memang kebajikan pekerja di msia ni tk dipandang..kalau mati matilah kau dkt situ
Quote Mfzg89 20-1-2020 09:36 AM
sabar jela bang. aku pernah rasa benda camni.. tapi dgn pakcik sendiri la.. 3 bln keje bayor seratus je..tu pn bayor 3 bln kemudian lepas stop keje dgn beliau..
Quote gigahertz 20-1-2020 09:37 AM
KIM.K replied at 19-1-2020 02:12 AM
Berani majikan Msia ni bayar gaji macam spastik

i is hairan kalau takde duit isi minyak macam mana  moto boleh ada di tngan
Quote gigahertz 20-1-2020 09:40 AM
RatuDunia94 replied at 19-1-2020 02:16 AM
6 jam tolak motor kau...
Penatnyaaaaaaa...

actually best tau sis. i permah habis minyak kat MRR2. i tinggal moto i patah balik 5km pergi seberamg sana punya stesen minyak. masa i kena tu first day bulan puasa dan masa tu hujan.lebat. malam tu i tido lena sangat...i tengah pikir nak exercise ni. nak beli basikal harga tak logik. nak main tenis tak reti. nak jogging memalam bahaya pula...
Quote MissVixen 20-1-2020 09:49 AM
YaAllah.... Dari tanjung malim ke tapah..jauhnya. dah la panas terik sekarang ni. Kalau betul majikan ni aniaya memang patut disumbat ke penjara la.. nak report pun susah sebab takde hitam putih kot.
Quote RatuDunia94 20-1-2020 10:35 AM
gigahertz replied at 20-1-2020 09:40 AM
actually best tau sis. i permah habis minyak kat MRR2. i tinggal moto i patah balik 5km pergi sebe ...

Utk u best la.. utk iols mintak jauh2
Quote KIM.K 20-1-2020 01:02 PM
gigahertz replied at 20-1-2020 09:37 AM
i is hairan kalau takde duit isi minyak macam mana  moto boleh ada di tngan

Oo..dia sepatutnya tinggal je moto tepi jalan eh
Quote Artemesiaa 20-1-2020 03:25 PM
Moga lepas ni dapat kerja lain dan majikan yang betul2 bayar gaji seperti yang dijanjikan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046045 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top