CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perdana Menteri Finland Nak Perkenal Kerja 6 Jam 4 Hari Seminggu, Malaysia Bila Lagi?

10-1-2020 10:59 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4276| Komen: 33|Original author: Oleh: natrahn

Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, 34, berhasrat memperkenalkan waktu kerja fleksibel, meliputi empat hari seminggu dan hanya enam jam sehari supaya para pekerja mempunyai lebih masa bersama keluarga.


Idea tersebut dicadangkan Sanna yang mana beliau berhasrat untuk memperkenalkan waktu bekerja fleksibel tersebut di seluruh negara.


Kredit Foto - Bussines Insider

Sanna yang juga ketua kerajaan kedua termuda di dunia berkata, inisiatif itu membolehkan pekerja untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

"Saya percaya bahawa semua orang berhak untuk mengisi lebih banyak masa bersama keluarga, orang tersayang, hobi dan menceburi aspek lain dalam kehidupan termasuk budaya.

"Ini adalah langkah kita seterusnya dalam dunia pekerjaan," katanya seperti dipetik dari Daily Mail.

Ibu kepada seorang anak itu mengetuai gabungan empat parti berhaluan kiri, semuanya diketuai wanita dan berusia bawah 35 tahun.



Kredit Foto - economist.com

Sebelum Sanna dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Findland.

Ketika memegang jawatan itu, beliau mencadangkan untuk waktu kerja lebih singkat bagi meningkatkan hubungan baik dan produktiviti pekerja.

Ketika ini, waktu bekerja di Finland, adalah lapan jam sehari, lima hari seminggu.

Untuk info, sistem kerja enam jam sehari sudah mula diperkenalkan di Sweden sejam 2015 dan ia memberikan kesan positif di mana pekerja lebih gembira dan lebih produktif kerana mereka dibayar gaji penuh. 


Kredit Foto - New Yorks Times

Di Jepun pula, syarikat Microsoft memperkenalkan cuti tiga hari hujung minggu dan hasilnya, produktiviti syarikat melonjak 39.9 peratus.

Buat masa ini, di Malaysia, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara, mulai 1 Ogos 2019 lalu. 

Mungkin sistem kerja enam jam sehari ini akan turut dilaksanakan di Malaysia pada masa hadapan. Siapa tahu, kan? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 8-1-2020 12:55 PM
adakah ini bermakna rakyat Finland pemalas?
Quote natrahn 10-1-2020 10:59 AM
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, 34, berhasrat memperkenalkan waktu kerja fleksibel, meliputi empat hari seminggu dan hanya enam jam sehari supaya para pekerja mempunyai lebih masa bersama keluarga.


Idea tersebut dicadangkan Sanna yang mana beliau berhasrat untuk memperkenalkan waktu bekerja fleksibel tersebut di seluruh negara.




Kredit Foto - Bussines Insider



Sanna yang juga ketua kerajaan kedua termuda di dunia berkata, inisiatif itu membolehkan pekerja untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.


"Saya percaya bahawa semua orang berhak untuk mengisi lebih banyak masa bersama keluarga, orang tersayang, hobi dan menceburi aspek lain dalam kehidupan termasuk budaya.

"Ini adalah langkah kita seterusnya dalam dunia pekerjaan," katanya seperti dipetik dari Daily Mail.


Ibu kepada seorang anak itu mengetuai gabungan empat parti berhaluan kiri, semuanya diketuai wanita dan berusia bawah 35 tahun.




Kredit Foto - economist.com



Sebelum Sanna dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Findland.


Ketika memegang jawatan itu, beliau mencadangkan untuk waktu kerja lebih singkat bagi meningkatkan hubungan baik dan produktiviti pekerja.


Ketika ini, waktu bekerja di Finland, adalah lapan jam sehari, lima hari seminggu.



Untuk info, sistem kerja enam jam sehari sudah mula diperkenalkan di Sweden sejam 2015 dan ia memberikan kesan positif di mana pekerja lebih gembira dan lebih produktif kerana mereka dibayar gaji penuh.





Kredit Foto - New Yorks Times




Di Jepun pula, syarikat Microsoft memperkenalkan cuti tiga hari hujung minggu dan hasilnya, produktiviti syarikat melonjak 39.9 peratus.

Buat masa ini, di Malaysia, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara, mulai 1 Ogos 2019 lalu.

Mungkin sistem kerja enam jam sehari ini akan turut dilaksanakan di Malaysia pada masa hadapan. Siapa tahu, kan? - CARI
Quote belilies 10-1-2020 12:06 PM
Kau nak banding ngan finland? Takyahlaaaa.... Sedar diri tu sket. Malaysia mana mampu jadi finland. Kat sini buat larangan anti merokok pun dah berpintal hati manusia nak turutkan. Penting lagi bantahan perokok. Finland xpe, rakyat dia ok, ikut law. Sini law of the jungle, yang buat salah lagi layak nak buat salah
Quote tanyasikit 10-1-2020 12:10 PM
tanya sikit, kerja lama2 tapi gaji sikit dpt berkat ke dpt penat?
Quote tanyasikit 10-1-2020 12:12 PM
belilies replied at 10-1-2020 12:06 PM
Kau nak banding ngan finland? Takyahlaaaa.... Sedar diri tu sket. Malaysia mana mampu jadi finland.  ...

tanya sikit, mmg saje2 negatif pada negara sndiri atau mmg tak suka rakyat negara berbilang kaum ni kerja dgn tenang?
Quote RatuDunia94 10-1-2020 12:30 PM
Kena tgok semua aspek juga.. malaysia ni bukan x boleh buat.. tp kena ubah mentaliti tu dulu..
Quote armin 10-1-2020 01:00 PM
Kat malaysia rakyat kerja 2,3 job pun di cop pemalas haha
Quote Skuau 10-1-2020 04:12 PM
Lu takmo kelija 12 jam...wa angkat itu mangla,nepal,myanmar,indon....lu olang pemalas....
Quote Count_Romanov 10-1-2020 04:22 PM
Dia ni tngk jauh nmpk lawa tp bil tngk dkt xlawa pn. Nmpak tua muka dia
Quote emma.giggs 10-1-2020 05:43 PM
Bila wktu keje sikit, nti org ada byk ms nk melagha, terutama lelaki.. Mula la nk cari scandal.. Hihi
Quote wunan88 10-1-2020 10:06 PM
malaysia kalau boleh nak suruh rakyat kerja 7 hari seminggu...hahahaha

sekarang ni pon berapa juta org dok kije 6 hari seminggu dekat malaysia nie..
Quote rukia2 10-1-2020 10:22 PM
Count_Romanov replied at 10-1-2020 04:22 PM
Dia ni tngk jauh nmpk lawa tp bil tngk dkt xlawa pn. Nmpak tua muka dia

Cantikla wehh...  Kt gamba
Quote tipuware 10-1-2020 10:38 PM
Tmpt aku keje baru buat flexi hour juga. Yg kelakarnya, staff dok tanya kalau flexy hour, blh tak masih nak amik time off. Kalau flexy hour, kalau ada training, blh tak dtg ikut flexy hour juga.. Semua selfish. Mindset tu yg susah
Quote nolya 11-1-2020 12:02 AM
tanyasikit replied at 10-1-2020 12:10 PM
tanya sikit, kerja lama2 tapi gaji sikit dpt berkat ke dpt penat?

Anggap lah kerja itu sbg ibadah. Gaji dibayar berdasarkn jawatan yg disandang.  Tak puas hati buat lah keputusan sendiri. Penat? Kerja apa yg tak penat?
Quote dua_chzy 11-1-2020 12:04 AM
Finland boleh la buat ginih. Malaysia jangan berangan dek. Lumpuh terus negara terutama jabatan2 gomen if buat ginih.
Quote tanyasikit 11-1-2020 12:08 AM
nolya replied at 11-1-2020 12:02 AM
Anggap lah kerja itu sbg ibadah. Gaji dibayar berdasarkn jawatan yg disandang.  Tak puas hati buat ...

tanya sikit, kau kerja kau mmg suka cari pasal ngn ahli baru dlm forum ni ke?
Quote nolya 11-1-2020 12:09 AM
tanyasikit replied at 11-1-2020 12:08 AM
tanya sikit, kau kerja kau mmg suka cari pasal ngn ahli baru dlm forum ni ke?

Aiik, awak tersinggung ke?
Quote tanyasikit 11-1-2020 12:11 AM
nolya replied at 11-1-2020 12:09 AM
Aiik, awak tersinggung ke?

tanya sikit, bila kau nk bertaubat dri perangai buruk kau ni?
Quote harisbee 11-1-2020 12:14 AM
Malaysia belum tahap negara maju..keje 40 jam seminggu flexible hours dah ok

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.267372 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top