|
Setiap manusia ada fasa turun naiknya, itulah yang berlaku kepada Elly Mazlein yang bercerai pada usia muda. Namun, itu tidak bererti orang lain boleh sewenang-wenangnya menghina status kita di khalayak ramai.
Memetik laporan Gempak, Elly mengakui yang dia tidak menyimpan sebarang rasa dendam atau tidak puas hati dengan pelakon Janna Nick. Janna sejak beberapa hari ini dikecam netizen ekoran menggunakan gelaran 'janda' terhadap Elly yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Kenyataan yang agak kurang sopan itu dilontarkannya ketika rancangan Melodi sedang berlangsung. Namun, siapa sangka Elly tidak terkesan langsung dengan isu tersebut kerana mereka sudah saling mengenali dan dia tahu Janna hanya bergurau. "Janna bergurau sahaja. Saya sudah lama mengenali Janna. Tak ada rasa dendam, marah atau tidak puas hati dengan Janna. "Janna hanya bergurau, saya langsung tak ambil hati. Lagipun, saya sendiri menganggap Janna seperti adik sendiri," katanya dipetik dari mStar. Semoga selepas ini Janna Nick lebih berhati-hati ketika berkata-kata terutama di khalayak ramai. - CARI |

Melur1 replied at 9-1-2020 10:53 AM
baguih lah kak lina pompom tak melatah or menokok tambah demi mengejar publisiti murahan.
iolls ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034634 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.