CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Ditetak Sepupu Usai Solat Subuh

9-1-2020 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3164| Komen: 11

Seorang imam maut ditetak oleh sepupunya sendiri sebaik selepas menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di surau Kampung Mamaitom, Tenom, pagi tadi, Harian Metro melaporkan. 


Difahamkan, dalam kejadian 5.30 pagi itu, Platani Ukir, 35 yang merupakan imam di situ meninggal dunia akibat ditetak di belakang kepala. 

Kredit foto: Harian Metro

"Mangsa dipercayai diserang dari arah belakang oleh suspek dan ditetak di belakang kepala hingga menyebabkan parah dan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

"Saksi kejadian yang menyedari perkara itu melihat mangsa terbaring dan suspek menekan leher mangsa sambil memegang tukul dan terdapat sebilah parang di pinggangnya.


"Saksi cuba membantu tetapi dihalang oleh suspek. Saksi segera menghubungi polis untuk bantuan," kata Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid.

Suspek, 53 tahun sudah ditahan oleh pihak polis yang tiba di lokasi kejadian, parang serta tukul turut dirampas. 

"Siasatan lanjut mendapati mangsa adalah sepupu kepada suspek.

"Siasatan juga mendedahkan bahawa suspek dipercayai pesakit mental. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 9-1-2020 02:35 PM
Dah agak dah.....sakit mental...tak pun mendadah.....

Klu sakit mental keluarga tlg le pantau...
Quote tobby 9-1-2020 02:41 PM
innalillah.  baca tajuk dah boleh agak masalah mental.  mati dlm keadaan husnul khotimah (pengakhiran hidup yg baik) balik dari surau.
Quote bondeh 9-1-2020 03:37 PM
family yg ada ahli yg gila nih tapi biarkan berkeliaran & buat onar boleh kena dakwa takkk.... bangkai betul lahhhh dah ada anak/abang/kakak yg mental pergilah masuk hospital gilaaaaa....

dulu kat kawasan rumah aku ada abang nih gila, gegeh mak dia masukkan ke pusat org gila, bawak g berubat...  taknak susah or cetus kebimbangan penduduk... Alhamdulillah beransur pulih... mak dia masukkan ke sekolah pondokkkk

ambil ikhtibar lah dah banyak kes onggila menggila membunuhhh... lahacibaiiiiisszzzz
Quote gigahertz 9-1-2020 03:40 PM
jazaa100 replied at 9-1-2020 06:35 AM
Dah agak dah.....sakit mental...tak pun mendadah.....

Klu sakit mental keluarga tlg le pantau...

i ingatkan kes imam semalaam.
Quote tobby 9-1-2020 03:41 PM
bondeh replied at 9-1-2020 03:37 PM
family yg ada ahli yg gila nih tapi biarkan berkeliaran & buat onar boleh kena dakwa takkk.... bangk ...

ramai x nak hantar family members ke hospital gila sbb kat sana nanti depa bagi 'ubat bodo'  (ubat penenang).  org kata klu makan ubat ni yg x gila pun boleh jd gila. member aku cerita, bapak dia mati mulut berbuih lepas dimasukkan ke hospital gila.
Quote bondeh 9-1-2020 03:47 PM
tobby replied at 9-1-2020 03:41 PM
ramai x nak hantar family members ke hospital gila sbb kat sana nanti depa bagi 'ubat bodo'  (ubat ...

magashhhh.... tak check ke (ini serious nak tahu sbb tuh aku bengang kalau ada ahli keluarga yg gila tapi biarkan berkeliaran buat onar).. tapi betul lah abang aku pernah g makan ubat kawan dia (anak makcik yg aku mention kat komen tadi) dia tidur mulut berbuih tak sedarkan diri nasib bini dia sedar... dia ingat itu ubat selsema sbb biji kecik2... haishhh
Quote Forfoxache 9-1-2020 03:49 PM
jazaa100 replied at 9-1-2020 02:35 PM
Dah agak dah.....sakit mental...tak pun mendadah.....

Klu sakit mental keluarga tlg le pantau...

Sakit mental ni menurun. Innalillah for dis person dan future contacte family ini.
Quote tobby 9-1-2020 03:54 PM
bondeh replied at 9-1-2020 03:47 PM
magashhhh.... tak check ke (ini serious nak tahu sbb tuh aku bengang kalau ada ahli keluarga yg gi ...

klu nak penaya kawan2 cuba try bagi depa makan ubat bodo ni sebiji dua.  yg x bodo pun jd bodo
Quote Simunggu 9-1-2020 04:01 PM
org balik solat subuh berjemaah dibunahnya..2x dosanya
Quote MissLana 9-1-2020 04:39 PM
Alfatihah, muda lg arwah.
Quote any42 10-1-2020 04:00 PM
innalillah. org mental dbiar bkeliaran pastu nyawa org lain mlayang. lps ni msti fmly kalut p ltak kt tnjung rmbutan xbg luar xpun krung dlm rumah. sblum ni xnk plak ambil lngkah bjga2.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044667 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top