CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Google Pixel Tidak Masuk Malaysia?

13-1-2020 12:13 PM| Diterbitkan: faiqqroslan| Dilihat: 9660| Komen: 34|Original author: Slim Shady

Google Pixel adalah sebuah jenama peranti yang dibangunkan oleh Google yang menggunakan sistem operasi Android.

Syarikat gergasi dunia itu mengumumkan telefon pintar Pixel generasi pertama, Pixel dan Pixel XL, pada 4 Oktober 2016 semasa acara #MadeByGoogle.

foto: news yahoo

Selepas beberapa siri kemunculan Pixel ini sehingga Google Pixel 4,  mereka masih tidak mengumumkan untuk masuk secara rasmi ke Malaysia.

Singapura adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang terpilih untuk di jual secara rasmi.

Jika dilihat, antara sebab-sebab utama adalah kerana lokasi yang kurang strategik berbanding Singapura. Tumpuan teknologi dan ekonomi di Asia Tenggara lebih kepada Singapura berbanding Malaysia. Tambahan pula, pasaran di Malaysia kurang memberangsangkan berbanding Singapura.

Ini dapat dilihat pada statistik oleh Statista tahun 2017 menunjukkan pengguna peranti pintar di Malaysia hanya 49% dari kesuluruhan populasi. Jika kita lihat di Singapura, 4.27 dari 5.612 juta rakyat mereka menggunakan peranti pintar pada tahun 2017. Ini bermakna, 76% rakyat Singapura mempunyai peranti pintar.

Image result for pixel 4

Foto: Twitter


Tapi jangan gusar, kerana peranti Google Pixel 4 masih boleh dibeli secara terus di website Google Store.

Harga terkini untuk Google Pixel 4.

Google Pixel 4: $1,119/RM3418.94

Google Pixel 4 XL: $1,319/RM4030.01

Apa pendapat anda? - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 13-1-2020 12:28 PM
kenapa laa harga fon mahal2 skrg
Quote Iema5008 13-1-2020 01:22 PM
Sbb org Msia suka Iphone
Quote Mfzg89 13-1-2020 01:33 PM

org malaysia suke iphone refurbished jer..bila dah bosan jual balik sama rege dia beli dulu.. acah2 beli authorised dealer plak..
Quote Iema5008 13-1-2020 01:39 PM
Mfzg89 replied at 13-1-2020 01:33 PM
org malaysia suke iphone refurbished jer..bila dah bosan jual balik sama rege dia beli dulu.. acah ...

Aku pengguna Iphone dan Samsung jgk tapi tak se"obses" bbnu yang gaji 2k atau 3k tiap kali Iphone baru keluar, depa pun nak jgk.

Pernah kenal bebudak yang obses ipong ni, staff sendiri. Sanggup tak cukup makan hanya sebab nak hp hebat. Sudahnya p kerja xdak duit nk bt transport, lepas tu xdak belnja nak makan.. gaji baru brp... huhuhu.

Pstt.. tetiba rindu zaman blackberry hahah
Quote dudaberhias 13-1-2020 01:41 PM
tiada market di malaysia... lagipun kalau orang tu nak dan mampu dia akan import phone ni
import set tak boleh repair di malaysia? well bukannya uolsss pakai lama pun.. nanti2 rosak tukar beli lain jugak sebab kalau hantar repair dekat branch local pun memang harga lebih kurang beli baru... same goes to iphone... baik beli je lah import lagi murah kalau nak save duit...
Quote sarah82 13-1-2020 01:47 PM
Aku tak berapa berkenan dgn Pixel.. Entah.. Tak sampai seru... Cuma skrg aku asyik mimpi iPhone saja.. Wakakakaa.. Ni gara2 tergoda tgk makcik aku pakai la..
Quote diss69 13-1-2020 01:56 PM
Akk beli pixel 3xl,utk amek gmbr..
Quote perembes 13-1-2020 02:34 PM
ipon dan p30 mana ok
Quote dudaberhias 13-1-2020 02:39 PM

iPhone... specs P30 tu tinggi... harga p30 jauh murah berbanding iphone...tapi iphone lagi best pakai...
bukannya nak ngefans iphone yer




jangan la kecam meolssss
Quote batmana 13-1-2020 03:18 PM
perembes replied at 13-1-2020 02:34 PM
ipon dan p30 mana ok

Dua2 bagus..
Tk nk pening.beli dua2.
1 bagi mak, atau nenek pakai
Satu lagi ko pakai
Selesai masalah
Quote dino 13-1-2020 03:27 PM
sarah82 replied at 13-1-2020 01:47 PM
Aku tak berapa berkenan dgn Pixel.. Entah.. Tak sampai seru... Cuma skrg aku asyik mimpi iPhone saja ...

pixel tak laku mana sbrnya.. slalu dkritik mmg byk problem

tp sbb die pure android n update die dpt dulu compare phone android lain..

Quote sarah82 13-1-2020 03:30 PM
dino replied at 13-1-2020 03:27 PM
pixel tak laku mana sbrnya.. slalu dkritik mmg byk problem

tp sbb die pure android n update die ...

Aku mmg tak berkenan pixel.. Hahahaha.. Hari2 aku skodeng iPhone max.. Ni salah makcik aku la.. Dok tayang iPhone dia..
Quote dua_chzy 13-1-2020 03:30 PM
perembes: ipon dan p30 mana ok


Kita di tanah tinggi ni, guna la Huawei. Mate 10 sy punya power tarik line. Di kala kawan sy terpaksa keluar pi beranda kuarters untuk cari line, sy boleh rilek2 tengok Youtube dalam bilik.

Beli Huawei spec tinggi. Huawei spec rendah tida power huntuk ummah pedalaman. Iphone pun. But tidak tau la Ifon ke-11 ni pamacam.
Quote dino 13-1-2020 03:53 PM
sarah82 replied at 13-1-2020 03:30 PM
Aku mmg tak berkenan pixel.. Hahahaha.. Hari2 aku skodeng iPhone max.. Ni salah makcik aku la.. Do ...

klau mampu ok je la haha
tp org tak tukar la tunggu next year je lg berbaloi
Quote dino 13-1-2020 03:54 PM
dua_chzy replied at 13-1-2020 03:30 PM
Kita di tanah tinggi ni, guna la Huawei. Mate 10 sy punya power tarik line. Di kala kawan sy ter ...

huawei mmg tech mendunia sis
tp tu la iols ttp nak ios haha
Quote sarah82 13-1-2020 04:05 PM
dino replied at 13-1-2020 03:53 PM
klau mampu ok je la haha
tp org tak tukar la tunggu next year je lg berbaloi

Tak nak aku.. Nova dok elok lagi.... Hahaha
Quote bang_nsr 13-1-2020 04:07 PM
dulu2 pernah juga terpikir nak cari phone ni
Quote nikaido 13-1-2020 04:18 PM
Pixel kl betul2 nak kena beli import set.Direct D ada jual
Quote mizruncing 13-1-2020 04:27 PM
ipong tetap dihati. since meols baru jd newbie iphone ni rasa jakon jap. best !

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041607 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top