CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Rudi Penipu, Lepas Pukau Bawa Lari RM30,000

10-1-2020 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2534| Komen: 6

Hilang RM30,000 begitu sahaja selepas dipukau seorang 'ustaz'.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang kerugian lebih RM30,000 selepas bertemu dengan lelaki bernama Ustaz Rugi di hadapan masjid di Batu 2 Jalan Apas, Tawau semalam. 


Memetik laporan Harian Metro, mangsa, 66 tahun didatangi lelaki itu yang menawarkan rawatan berurut selain membuang penyakit tanpa mengenakan sebarang bayaran. 

Foto: Corat carit kehidupan blog
“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya membenarkan lelaki itu mengurut lutut saya beberapa minit sebelum kami berjanji utuk bertemu semula pada Khamis.

“Bagaimanapun, ketika bertemu semula di masjid, Ustaz Rudi meminta wang berjumlah RM3,000 serta barang kemas untuk dibawa sembahyang bagi menghilangkan sakit lutut selain membuang penyakit lain di dalam badan,” katanya. 


Katanya lagi, lelaki itu menepuk bahunya sebelum mengarahkannya pulang ke rumah dan mengambil wang tunia serta barang kemas. 

“Selepas menyerahkan wang dan barang kemas, dia (Ustaz Rudi) meminta saya pergi membelikannya rokok di kedai berhampiran dan berjanji akan memulangkan semula wang serta barang kemas tadi sebaik selesai sembahyang.

“Saya hanya menyedari ditipu dan dipukau apabila mendapati tiada Ustaz Rudi di kawasan masjid apabila datang semula ke situ,” katanya yang kemudiannya membuat laporan di IPD Tawau. - CARI 
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melur1 10-1-2020 01:03 PM
typo nama dalam artikel. rudi jdi rugi lah pulak
Quote arm_band 10-1-2020 01:21 PM
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang kerugian lebih RM30,000 selepas bertemu dengan lelaki bernama Ustaz Rugi di hadapan masjid di Batu 2 Jalan Apas, Tawau semalam.


seswaaii betul tt bagi nama ustat tu
Quote Mfzg89 10-1-2020 02:32 PM
Mat salleh dah kata "don't judge a book by its cover".
Quote tanyasikit 10-1-2020 07:22 PM
tanya sikit, ilmu pukau ni mcm ilmu graviti ke?
Quote LadyCarefree 12-1-2020 07:38 PM
Kehkehkeh adan uke oercayakan use tard retard
Quote slyfynx 12-1-2020 09:07 PM
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang kerugian lebih RM30,000 selepas bertemu dengan lelaki bernama Ustaz Rugi di hadapan masjid di Batu 2 Jalan Apas, Tawau semalam.


Nama typo lagi sesuai dr nama betul daaaaa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.081848 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top