|
"Harap jangan gembar-gemburkan yang bukan-bukan." Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan akan mengekalkan penggunaan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Memetik MalaysiaKini, keputusan itu dibuat berikutan kekurangan stok kenderaan terbabit dapat diatasi. Tegasnya, kerajaan tidak akan menggunakan Toyota Vellfire seperti digembar-gemburkan. “Sekarang kita dapat maklumat, atau pengesahan, bahawa kereta Perdana mencukupi. Ini tak jadi masalah," katanya. Lim juga mengingatkan orang ramai agar tidak menggembar-gemburkan yang bukan-bukan dan tidak benar. “Sebenarnya ini (Toyota Vellfire) adalah pilihan. Bila kontrak diberikan, ia untuk menteri, kita nak kekalkan Perdana tetapi kerana syarikat tak keluarkan Perdana, ini jadi masalah.
“Yang ada tak cukup untuk menteri-menteri dan juga timbalan. Itu sebab kita beri pilihan, sekiranya tiada (Perdana), kita pilih yang lain,” katanya. - CARI |

hatikudus replied at 10-1-2020 01:42 PM
Ketaq la tuuu...hoiiiiiiii tol bila nak mansuh oiiiiiiiii
fliphair8 replied at 10-1-2020 02:03 PM
ehhhh ehhh cite lain plak...camne kontrak ngan toyota? dah sign bole cancel ke? penalty bape?
da ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.351644 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.