Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Ahmad Idham Nadzri dikatakan direhatkan daripada tugasnya. Tapi, MalaysiaKini semalam melaporkan Ahmad Idham bakal masuk semula pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan meneruskan tugasnya.
Menurut laporan, timbul desas-desus mengatakan dia akan menghabiskan kontrak dua tahun di agensi itu berbanding kenyataannya sebelum ini. "Bagi saya masuk Finas dulu dan jalankan amanah menteri dan harapan warga seni pada saya," katanya ketika dihubungi MalaysiaKini, semalam. Dalam kenyataan agensi itu sebelum ini, Ahmad Idham dikatakan akan melepaskan jawatannya pada 10 Mac depan dan Ahli Lembaga Pengarah Finas menerima serta meluluskan permohonannya untuk memendekkan tempoh kontraknya sebagai CEO Finas.
Malah, beberapa hari sebelum itu, Ahmad Idham didakwa direhatkan daripada tugasnya. Berikutan pengundurannya itu, enam persatuan mengadakan sidang media mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Finas, Hans Isaac agar meletak jawatan atas dakwaan tidak menjalankan amanah dengan baik. Sekejap berundur, sekejap direhatkan. Tiba-tiba nak masuk bilik CEO semula. Apa cerita ni sebenarnya? - CARI
|
cikatilia replied at 10-1-2020 02:49 PM
halla hallaaa
confirm lepas ni melambak filem2 bodo
ADVERTISEMENT