Lama kan kita tidak melihat pelakon popular iaitu Jana Samsudin beraksi di kaca televisyen kan? Sejak bergelar sebagai seorang isteri dan ibu, nampaknya wanita itu lebih senang memberi fokus kepada keluarganya.
Dalam diam rupanya, pelakon wanita itu kini aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook bermula Ogos lalu. Malahan suaminya juga tidak membantah minatnya itu. "Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingga enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu. "Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan bermain permainan video semata-mata. "Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim. Saya tidak boleh dedahkan berapa bayaran yang diterima, tapi pendapatan bergantung kepada individu," katanya. Meskipun menelan belanja yang banyak, Yana sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain bagi mendapatkan kepuasan optimum ketika bermain. "Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000 untuk perkakas komputer dan meja. Tapi, saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi menaja meja, kerusi dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000," katanya. Wow! Dah jadi gamer sekarang -CARI |
Boomibulat replied at 13-1-2020 10:11 AM
senang2 je org taja peralatan sampai 20k ye..mentang2 artis
ADVERTISEMENT