Seorang wanita 'kantoi' masuk lewat ke pejabat dengan memberikan alasan tayar keretanya bocor apabila gambar yang diberikan kepada majikannya ternyata palsu.
Rakan sekerjanya mendedahkan hal tersebut menerusi Twitter dengan memuat naik gambar tayar yang tercucuk dengan paku. Wanita ini meminta semua warganet agar 'zoom in' gambar paku yang tertusuk pada tayar itu kerana nyata sekali ia merupakan gambar yang sudah disunting. Kononnya, tayarnya pancit sehingga menyebabkan lewat datang ke pejabat. Namun demikian, selepas meneliti gambar tersebut, memang jelas sekali gambar tersebut bukan sahaja disunting, malah kelihatan begitu palsu dan kantoi besar!
Ramai di kalangan warganet yang berasa lucu dengan penipuan tersebut kerana suntingan yang dibuat begitu teruk. Malah, ramai yang menyarankan wanita tersebut menggunakan gambar lain pada masa akan datang yang nyata ia lebih 'real' dan tidak nampak palsu. "Siapa yang ingin bercuti lain kali, guna gambar yang ini untuk hantar kepada bos anda," tulis seorang pengguna lain. Apa pun, menipu majikan semestinya satu perbuatan yang tidak beretika. Tambah memalukan jika penipuan tersebut nampak sangat 'temberangnya'. - CARI |
prettyuglybabe: selalunya memang yang menipu gigih bagi prove..
helicornia replied at 13-1-2020 04:56 PM
ntah le, klu aku jd bos dia aku percaya je kot.takde masa plak nak zoom gambar tu.lain la kalau seka ...
Rogue98 replied at 13-1-2020 05:22 PM
Creativelah jugak.... boss dia x perasan tapi coworker yg pecah lubang.
CardiGans85 replied at 13-1-2020 10:36 PM
Kes aku pulak, aku cerita sikit je dgn boss sbb aku ad hoc minta leave half day khamis dan jumaa ...
RumiMenari replied at 14-1-2020 10:09 AM
Bagus u buat mcm tu.. lps ni biar boss u pikir 2,3 kali sblm nk main hembus je.. kdg mmg kene ajar ...
ADVERTISEMENT