CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Whatsapp Ibu-Cikgu Ni Sebenarnya Akibatkan Anak-Anak Tak Pandai Berdikari"

14-1-2020 01:34 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7438| Komen: 41



Masalah sama setiap tahun tetapi seakan tiada penyelesaian yang tuntas. Beginilah isunya apabila guru dan ibu bapa berkongsi 'group' untuk memberitahu makluman tetapi lain jadinya apabila perkara yang remeh pun dibawa berbincang.

Antaranya ialah menanyakan kerja sekolah anak-anak (walhal anak sudah pun tahap 2 sekolah rendah), meminta guru-guru mencari barangan sekolah tercicir dan 1001 masalah yang sepatutnya dikendalikan sendiri oleh anak tersebut. Mengapa ianya jadi begitu?

Mengikut pakar psikologi, Aiman menerangkan apabila ibu bapa sampai ke tahap tersebut, ianya lebih menyusahkan anak-anak pada masa akan datang. Ini kerana anak-anak tidak pandai berdikari apabila ibu bapa sentiasa ada untuk membantu. 'Helicopter parenting' sebegini yang membuatkan generasi akan datang lembik dan mudah putus asa.



Kredit foto:

Helicopter parenting yang membawa maksud ibu bapa yang memberi tumpuan berlebihan kepada anak-anak mereka dalam menangani masalah atau pengalaman. Biasanya berkaitan pendidikan. Hal ini lah yang menyebabkan anak-anak tidak tahu berdikari, semuanya mengharapkan ibu bapa.

Twitter
Ianya turut dipersetujui oleh warganet lain menerusi pengalaman ibu bapa mereka sebagai guru. Tujuan asal Whatsapp group adalah untuk berkongsi info dari pihak sekolah telah disalahguna apabila bertanya soalan yang tidak berkaitan.

Google

Hal ini berlaku disebabkan anak-anak telah disuap terlebih awal bahawa setiap masalah akan diselesaikan oleh ibu bapa mereka. Ianya menyebabkan mereka tidak fokus ketika berada di sekolah.

Pelbagai cadangan daripada warganet untuk guru-guru ini, antaranya ialah membuat akaun telegram, membuat 'setting Whatsapp admin only', menggunakan dua sim kad (peribadi dan urusan sekolah, jadi tiada gangguan setelah waktu sekolah), mengemaskini di laman web, facebook sahaja dan lain-lain. Namun, akan tetap ada ibu bapa yang tidak memahami peraturan sebegini.

Google

Lebih menarik, ada ibu yang turut memberi komen bahawa anaknya yang bersekolah di SJKC masih menggunakan kaedah lama tanpa Whatsapp group dan ianya lebih memudahkan kesemua pihak.
Jadi, bagaimana? Mungkin kita perlu kembali kepada cara lama dengan menyerahkan hal sekolah kepada anak-anak tanpa masuk campur dengan urusan mereka. Dengan itu mereka akan lebih berdikari dan lebih bijak mengendalikan pelbagai isu di masa akan datang.- CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-1-2020 01:44 PM
belum lagi yg tiap hari nak bagi gambar mukadimah
Quote epal21 14-1-2020 01:57 PM
Yg form 3 pun mak juga kena tanya pasal assignment memanglah mengada-ngada. Kenalah didik anak tu be responsible,pasang telinga masa kelas.
Quote airmineral 14-1-2020 02:06 PM
whatsapp group ni sapa yg wujudkan dan apa motif?
Quote Sachacha 14-1-2020 02:07 PM
Grup tadika lglah u ols..
Cikgu tangkap video anak saya tgh buat apa
Cikgu anak sy makan  byk tak
Cikgu kaler pink anak saya ilang bole carikan..
Cikgu anak sy demam tp nak sekolah jgk .ada ubat dlm beg dia cikgu tolong bgkan
Quote fliphair8 14-1-2020 02:11 PM
hakak tak penah join group whatsaap kelas anak2...hakak akan grill daily anak2 supaya diorang responsible for their inaction....tak buat homework or lupa bawak something....cikgu whatsapp hakak bagitahu anak sekian2 hakak akan berleter or denda kat anak....sebab camtu laa hakak dibesarkan...my parents tak harass cikgu...

mak2 bbnu jek yg suka nau berwhatsapp ni...acah2 dia sorang laa concern pasal anak dia...walhal anak2 pepuak ni sume low self esteem, tak independent...belajar menghafal tapi tak mampu berpikiran kbat sebab sume disumbat oleh mak pak....

sekian dari mak yg besher2 jek, bukan ibu mithali juga bukan supermom not even acah2....

Quote bobo_beck 14-1-2020 02:15 PM
Quote bobo_beck 14-1-2020 02:18 PM
Sachacha replied at 14-1-2020 02:07 PM
Grup tadika lglah u ols..
Cikgu tangkap video anak saya tgh buat apa
Cikgu anak sy makan  byk tak
...

heheh cikgu nnti jam sekian jgn lupa bg anak ubat ye.. cikgu tadi ank saya bwk color tak.
Quote kucingitam 14-1-2020 02:18 PM
mmg tak perlu pun group whatsapps cikgu2 mak pak budak ni.

buat stail old skool je la, guna surat pekeliling.

Quote sarah82 14-1-2020 02:28 PM
Aku rasa.. Aku beruntung lahir 80 an dan ada arwah tokwan dan tok yg ala2 harimau kekadang tu.. Aku berdikari sejak aku masuk sekolah rendah.   Semua buat sendiri.. Tgk budak2 la ni aku rasa mak bapa terlalu manjakan anak2
Quote leylapple 14-1-2020 02:36 PM
pagi nie ada slot kat radio sinar pukul 730am mcm tu lah...pasal grup wassap mak bapak dgn cikgu...

parent suka tanya benda pelik2...

cth:

1. cikgu, anak saya bekal air masak blh tak?
2. apsal yuran sekolah mahal sangat
3. kenapa mesti beli buku tu cikgu?

last2 cikgu tu set hanya admin jer yang blh post...ini lebih bijak
Quote najib888 14-1-2020 02:39 PM
dah cikgu2 bodo pi layan mak pak bodo buat apa? tulis disclaimer siap2. group ni hanya berkongsi info..

bukan hanya guru2, la ni semua bidang kerja ada group whatsapp yg ntah apa2. ada yg kena pecat sbb tak layan whatsapp pas office hours. ada yg kena warning. eh sial la majikan Malaysia ni..
Quote mizruncing 14-1-2020 02:39 PM
nasib group wasap anak meols tak mcm tu. ok je so far. just bila time nk tanya bnda penting contoh mcm kes selangor takde air ari tu nk tnya la kena bawak air mandi ke tak harammm tak reply smpai kt sekolah siap perli tnya tak bawak air ke? ewahhh dalam group dh tnya awal2 kau tak reply
Quote dekmieDandy 14-1-2020 02:46 PM
wow buku notis tu good idea

sebab aku admit, waktu sekolah dulu cikgu memang selalu bagi surat dengan notis

tapi aku terhilang, or tersorok dah dalam beg sekolah tu

buku notis tu at least cikgu boleh tampal / stapler notis dalam buku tu
Quote msdummy.2018 14-1-2020 02:52 PM
Sachacha replied at 14-1-2020 02:07 PM
Grup tadika lglah u ols..
Cikgu tangkap video anak saya tgh buat apa
Cikgu anak sy makan  byk tak
...

reverse dgn cikgu tabika ank i..she actively posting students activity.....parents beri 100% support jer...xder plak tny remeh2 kecuali update ank xdtg sekolah...itu sahaja....every parents well behaved!
Quote astatine 14-1-2020 02:59 PM
kebanyakan yang banyak tanya ni rasanya mak bapa baru anak pertama sekolah kot. Saya pening jugak bila tengok soalan mak bapa ni dalam group kelas anak... Harapnya guru kelas takdelah telan panadol tiap malam ye
Quote Nana_Man 14-1-2020 03:11 PM
Group whatsapp untk parents2 jer tu ok. Pasal tu antara mak bpk jer. Nk reply tak nk reply pun no obligation, walaupun mesti ada yg reply.
Tapi grp whatsapp cikgu-parents memang very foolish idea. Sapa yg bangang ni mulakn dulu? Kalau sekadar cikgu antar message sebagai peringatan untk benda important, tu pada aku cukup baik. Tapi kalau nk tanya soalan2 mcm ada homework ke, kene bwk baju ape, ni patut tanya dlm grp whatsapp antara parents.
Cikgu pun ada personal life masing2, ada anak2 sendiri, ada keje rumah, ada yg bwk balik buku2 untk periksa masa kat ruma. So as parents, jgn harap cikgu nak hadap sgt nk reply soalan2 remeh dari parents.


Quote fifie_olin 14-1-2020 03:21 PM
aku join je grup kelas anak aku
tp krik2
xde benda nk tya..
baca klu2 ada info je
Quote bonggo 14-1-2020 03:23 PM
Wa group sekolah ank iol aman2 jah. Maklumla sekolah kg. Sblm pindh sini sekolah bandar dlu. Omak2 dlm tu kemain rancak beborak. Cikgu plak mula2 melayan. Nnti kang lama2 meroyan la
Quote syadail 14-1-2020 04:42 PM
Rasanya cikgu yg create Grup wassap kelas. So sapa suruh.

sekolah anak i takde, mungkin cikgu takut makpak nyerang dlm grup tu kut.

Apa pn kalau nk buat grup pastikan grup tu hanya utk salurkan INFO SEMATA.

ada cara utk mute/block replies.

any pertanyaan sila PM tepi.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.068254 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top