Statistik di Malaysia seperti dilaporkan Berita Harian menunjukkan remaja mahupun orang dewasa mempunyai lebih dari satu telefon pintar dan menghabiskan masa dengan gajet sekitar enam hingga lapan jam sehari. Fenomena ini
boleh membawa kemudaratan kepada pengguna telefon pintar itu sendiri. Baik dari segi
kesihatan fizikal mahupun mental. Phone addicted atau taasub gajet adalah kesan mental yang terpaksa ditanggung oleh pengguna telefon tegar. Biasanya, orang yang ketagih gajet akan suka menghabiskan masa dengan aplikasi sosial seperti WhatApps, Facebook, Instagram dan sebagainya. Pantang melihat ikon notification masuk mesti nak tengok apa yang diterima. Berbeza
dengan kebanyakan orang yang hanya melihat dua hingga tiga kali sehari saja.
Orang yang mengalami ketagihan gajet ini biasanya sukar untuk mengembangkan kebolehan diri. Mereka juga mudah stres sebab selalu melihat gaya hidup orang lain di media sosial. Mana tidaknya, asyik nak membandingkan hidup mereka dengan orang lain yang lebih happening. Waktu yang digunakan untuk melayari media sosial yang melampau itu, seharusnya digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti membaca, sertai seminar atau bersukan. Mahu kurangkan ketagihan? Boleh,
dengan mula kurangkan penggunaan telefon pintar. Tak perlu kurangkan secara drastik, tapi lakukan secara
berperingkat. Contohnya, mengurangkan penggunaan telefon pintar dari lapan jam ke lima jam sehari. Apabila anda yakin sudah mampu mengurangkan waktu penggunaan gajet secara konsisten, terus kurangkan lagi sehingga anda rasa sudah bebas dari
belenggu phone addicted. Pemakaian
telefon pintar ini pokok pangkalnya semua terserah kepada pengguna, sama ada
memanfaatkannya dengan baik atau mengikut nafsu.
Jadi
berfikir dan bertindaklah secara bijak. Terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Jangan pula jadikan alasan untuk anda mengular daripada melakukan aktiviti berfaedah dengan menghadap gajet sepanjang masa, okey! - CARI |
mosti: Aku unfriend kawan yang suka tunjuk lavish style asebab aku tak nak rasa low self esteem dan takut terikut gaya mewah depa.
mosti replied at 1-5-2020 09:24 AM
Aku unfriend kawan yang suka tunjuk lavish style asebab aku tak nak rasa low self esteem dan takut t ...
ADVERTISEMENT