Lama juga rasanya tak tengok Norman Hakim berlakon jadi watak utama sejak kebelakangan ini. Mungkin juga sibuk menguruskan keluarga, jadi tidak dapat memberikan komitmen penuh kepada kerjaya sebagai seorang anak seni.
Namun begitu, Norman Hakim mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto terkininya selepas menukar warna rambut ala pelakon Hollywood George Clooney di dalam satu entri di akaun Instagram rasminya. Namun, difahamkan Norman bertindak mewarnakan rambut bagi menjayakan watak Emran yang bakal dilakonkannya di dalam drama rantaian terbaru berjudul 'Chandelier' arahan Micheal Ang. Kalau anda nak tahu, suami kepada Memey Suhaiza itu bakal membawa watak sebagai seorang Tan Sri dan mempunyai hubungan sulit dengan watak wanita utama yang dimainkan oleh Mimi Lana.
Nampaknya bukan sahaja pelakon lelaki itu yang teruja dengan penampilan barunya bahkan Michael Ang juga seronok dengan perubahan tersebut. Pengarah itu telah berkongsi foto dan info berkenaan drama yang sedang dalam penggambaran itu melalui satu entri di Instagram. Kesemua peminat nampaknya teruja dengan penampilan berbeza Norman Hakim itu dan tak sabar nak melihat dia beraksi semula di kaca televisyen tak lama lagi menerusi drama 'Chandelier' ini. Antara pelakon lain yang bakal mewarnai drama adaptasi novel garapan Acik Lana ini ialah Mimi Lana, Ben Amir dan Nadya Syahera.- CARI Sama-sama saksikan! -CARI
|
TerataiMelur02 replied at 15-1-2020 11:06 AM
@Kurex sila beri sepatah dua kata-kata
Kurex replied at 15-1-2020 11:12 AM
semalam ada tengok gambar ni dekat ig maikelina anne...
memang tak keruan iols sampai iols goog ...
fliphair8 replied at 15-1-2020 11:21 AM
hakak sangat pasti kurex kagum...hakak tak minat daddy2 look...hakak minat hanak2 hekan jek sekara ...
Kurex replied at 15-1-2020 11:24 AM
asad mowtah ke? ke khairina bahariah? kaer ke? afiq syazwan ke? andy benandy suneo ke?
fliphair8 replied at 15-1-2020 11:30 AM
dek kurex, credit skit kat hakak dek....busuk2 henry golding dek...
ADVERTISEMENT