CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dadah Dijadikan Hiasan Rambut Tapi Terkantoi Dengan Polis

14-1-2020 01:52 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 5836| Komen: 22|Original author: Archaiv

Sumber Foto : Marion County Sheriff's Office


Flippin, Arkansas seorang wanita telah ditangkap kerana menyembunyikan sebuah bungkusan meth (dadah) kecil dengan mengikatnya pada rambut sebagai samaran kepada perhiasan rambut 'hair bow'. 

Jessica Kropp, 38 tahun pada awalnya ditahan kerana memandu kereta Dogde Neon dengan lesen yang tamat tempoh. Polis yang bernama Kenneth Looney yang menahannya mendapati terdapat 5 waran tangkap untuk Kropp. Semasa memberitahunya keluar daripada kereta tersebut, Looney terlihat perhiasan rambut tersebut.

Dalam  afidavit dari Looney menyatakan:

"Awak biar serius?"
 "Apa?" balas Jessica Kropp.
 "Awak pakai 'hair bow' atas rambut yang dibuat daripada beg meth".

 "Saya tak tahu pula, pasti orang lain yang letaknya di sana dan saya tidak tahu apa-apa." balas Jessica Kropp lagi.

Kredit foto: Marion County Sheriff's Office

Ketika ditanya apa kandungan dalam keretanya pula, Kropp merayu agar keretanya tidak ditunda. Polis itu bersetuju dengan syarat dia memberi kerjasama kepadanya. Kemudiannya,  Kropp mendedahkan bahawa dia mempunyai beberapa barangan haram. Dalam dompetnya, 'pelbagai bungkusan' meth ditemui, serta peralatan dadah termasuk pen vape dengan minyak THC dan satu lagi pen vape dengan minyak THC dan meth dalamnya.

Kropp ditangkap atas tuduhan memiliki meth dengan niat untuk mengedarnya, memiliki kelengkapan dadah, memandu sementara lesen digantung dan tanpa insurans liabiliti. 

Dia kemudiannya dibawa ke penjara Marion County, di mana dia dilaporkan sebagai ikatan jaminan bon USD23,210 [RM 94, 225.64]. - CARI 

Sumber foto : Marion County Sheriff's Office

Sumber : unilad.co.uk
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 14-1-2020 02:13 PM
otai masih berbisa....bole lagik i dont know how it got there gitooohhhh...
Quote Artemesiaa 14-1-2020 02:27 PM
Edited by Artemesiaa at 14-1-2020 02:50 PM

Gigihnya keo antie dia ingat penguatkuasa tak mahir nak detact benda2 macam ni
Quote Fuckology 14-1-2020 02:44 PM
Artemesiaa replied at 14-1-2020 02:27 PM
Gigihnya keo antie ingat orang2 di Asia Tenggara tak mahir nak detact benda2 macam ni

apa kena mengena dgn asia tenggara?
dia kena tangkap di flippin arkansas us, bkn filipina
Quote Archaiv 14-1-2020 04:08 PM
fliphair8 replied at 14-1-2020 02:13 PM
otai masih berbisa....bole lagik i dont know how it got there gitooohhhh...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 14-1-2020 04:09 PM
Artemesiaa replied at 14-1-2020 02:27 PM
Gigihnya keo antie dia ingat penguatkuasa tak mahir nak detact benda2 macam ni

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 14-1-2020 04:10 PM
Fuckology replied at 14-1-2020 02:44 PM
apa kena mengena dgn asia tenggara?
dia kena tangkap di flippin arkansas us, bkn filipina

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote shark_eow7 14-1-2020 04:52 PM
level makcik2 dah ponn. ketagihan yang tak boleh berhenti.
Quote zorrro_03 14-1-2020 05:16 PM
Archaiv replied at 14-1-2020 04:10 PM
Terima kasih sebab sudi baca.

kau lapar ye?
Quote dani-rox 15-1-2020 04:09 AM
oh Arkansas... bukan berita pelik2 kat sana, selalunya dari Florida


Sama-sama, in advance (Sebelum tt ucap terima kasih sebab sudi baca)
Quote dekmieDandy 15-1-2020 09:42 AM
amboi gamba bawah tu

nak ngorat sape tu
Quote Archaiv 15-1-2020 10:28 AM
shark_eow7 replied at 14-1-2020 04:52 PM
level makcik2 dah ponn. ketagihan yang tak boleh berhenti.

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 15-1-2020 10:28 AM
dani-rox replied at 15-1-2020 04:09 AM
oh Arkansas... bukan berita pelik2 kat sana, selalunya dari Florida

hehe... Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 15-1-2020 10:29 AM
dekmieDandy replied at 15-1-2020 09:42 AM
amboi gamba bawah tu

nak ngorat sape tu

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Victorioussss 15-1-2020 10:44 AM
fliphair8: otai masih berbisa....bole lagik i dont know how it got there gitooohhhh...


Belajar dari jibb

Saya xtahu
Walhal time tu lau PM siall
Menteri keewangan lg
Pengerusi imdb lak tu

Saya tak tahuuuuuu
Apak kau la
Quote Archaiv 15-1-2020 10:45 AM
Victorioussss replied at 15-1-2020 10:44 AM
Belajar dari jibb

Saya xtahu

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote sukacactus 15-1-2020 10:53 AM
Sian! Otak dia bukan kat kepala kot sebab tu apa org letak kat situ boleh jawab xtau
Hahaha...mcm la org nak caya alasan dia
Quote Archaiv 15-1-2020 11:18 AM
sukacactus replied at 15-1-2020 10:53 AM
Sian! Otak dia bukan kat kepala kot sebab tu apa org letak kat situ boleh jawab xtau
Hahaha...mcm l ...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote ReginaGeorge 15-1-2020 02:20 PM
Cool la aunty ni, boleh lg senyum manis ye
Quote Archaiv 15-1-2020 03:41 PM
ReginaGeorge replied at 15-1-2020 02:20 PM
Cool la aunty ni, boleh lg senyum manis ye

Terima kasih sebab sudi baca.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063170 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top