|
Pasangan ini masing- masing berusia 63 tahun memberitahu media pada Rabu kelmarin. Mereka berada di Australia untuk menjalani penggambaran filem Elvis Presley terbitan produksi Baz Luhrmann.
Menerusi filem itu, Tom Hanks melakonkan watak Colonel Tom Parker iaitu pengurus kepada Elvis Presley. Dalam kenyataan beliau; "Hello, folks. Rita dan saya berada di Australia. Kami berasa sedikit penat, terasa semacam demam, dan badan kami terasa lenguh. Rita juga merasa demam sejuk terkadang. Sedikit demam panas. Untuk merasa adil, seperti yang dunia perlukan sekarang, kami pun pergi membuat ujian untuk Coronavirus, dan ditemui kami positif. Jadi sekarang, apa yang perlu kami buat? Badan perubatan rasmi ada protokol yang perlu kami ikut. Kami berdua akan diberi perhatian dan diasingkan selama mana untuk kesihatan awam dan keselamatan yang diperlukan. Kami akan beritahu maklumat terkini kepada dunia. Jaga diri kamu semua!" Tom Hanks sememangnya antara pelakon hebat sepanjang zaman kerana terkenal dalam apa juga watak yang dimainkan tidak kira filem animasi seperti Toy Story, ataupun wataknya dalam Forrest Gump yang menjadi ikonik. Semoga pelakon ini kembali pulih dan sentiasa sihat untuk melakonkan watak-watak yang diingati ramai. - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.424358 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.