Pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini menempelak individu yang cuba untuk menegur cara dia memakai tudung yang dilihat seolah-olah memakai 'snowcap' dalam drama terbaru lakonannya yang berjudul Tolong Saya Encik Dinosaur.
Individu tersebut terlebih dahulu memuji drama tersebut sebagai menarik sebelum meminta Liyana Jasmay untuk tidak mengenakan tudung sekiranya belum bersedia. "Kekdahnya dalam cerita ni ala ala jadi Elmo berhijab lepas tanpa pin."
Enggan berdiam diri, dia membalas kritikan individu tersebut dan berkata yang individu tersebut tidak berhak untuk masuk campur dalam urusan peribadinya. "Cara saya pakai hijab tak sama seperti awak, itu bukan urusan kamu." "Pakai hijab atau tak pun bukan urusan kamu." Liyana juga sempat mengatakan yang individu itu tidak tahu apa-apa mengenai fesyen. Malah, dia juga menggunakan tanda pagar #SOKAMPUNG menyebabkan ramai yang kecewa dengan sikapnya itu dan menganggap sikapnya sebagai kebudak-budakan. Bagaimanapun, Liyana menjelaskan yang tanda pagar #SOKAMPUNG itu merupakan judul telemovie baru yang bakal keluar pada Februari nanti. Apa pun, diharap Liyana tidak terlalu mengambil berat tentang komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Lebih baik berdiam diri daripada membalas setiap komen dan kritikan tersebut. Biasalah kalau sudah menjadi seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian. Rasanya Liyana sendiri lebih faham asam garam kehidupan seorang artis,kan. -CARI |
Noraniza_Iblis replied at 14-1-2020 02:56 PM
benang ni dh ade..
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1187131&extra=
scarflicious replied at 7-6-2020 06:10 AM
Berlakon tak pandai. Fashion pun buruk.
Bertudung? Konsep asal serkup ni.
ADVERTISEMENT