Ramai orang kita yang cuba untuk berdiet, dan
ramai orang kita yang berdiet dengan hanya memakan roti. Tetapi, tidakkah
mereka tahu bahawa roti ialah process food? Process food membantu dalam diet
atau tidak? Process food ialah makanan yang diproses,
seperti roti, biskut, keropok dan juga bijirin. Berbeza dengan solid food
seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran yang mentah tanpa ditambah kuah.
Process food mengandungi tepung, di mana 1g tepung bersamaan dengan 4 kalori. 2
keping roti gardenia putih mengandungi 153 kalori. Sedangkan purata manusia
dewasa hanya memerlukan 2000 kalori sahaja sehari. Sekiranya anda makan
melebihi kalori yang diperlukan, kalori lebihan tersebut akan bertukar menjadi
lemak. Jelas roti bukanlah idea yang baik untuk diet. Tetapi, sekiranya anda adalah seorang penggemar roti. Anda masih boleh makan roti, tetapi tukar jenis roti anda. Dalam konteks diet, anda perlu menggantikan roti putih biasa anda dengan roti wholemeal. Roti Wholemeal Roti wholemeal ialah roti gandum penuh yang
tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang
dengan cepat. Bagi anda yang ingin diet dengan cara yang sihat tanpa meninggalkan
roti, terdapat dua jenis roti Gardenia di pasaran yang anda boleh beli, iaitu
roti Wholemeal with Sunflower Seeds (paket hijau) ataupun Roti 100% Wholegrain
with Canadian Purple Wheat (paket ungu). Roti mana yang lebih baik sebenarnya? Kalau mengikut ranking, sudah semestinya roti
putih biasa Gardenia yang terbawah, diikuti dengan roti Wholemeal With
Sunflower Seeds, dan yang pertama sekali, 100% Wholegrain with Canadian Purple
Wheat. Kenapa Canadian Purple Wheat adalah roti yang terbaik untuk dipilih?
Anda boleh lihat berdasarkan indeks pemakanan di bawah: Nutrisi Pemakanan roti Wholemeal (With
Sunflower Seeds) Jumlah Sajian: 2 keping Kalori 148 Natrium 266 mg Jumah Lemak 2 g Potasium 0 mg Lemak Tepu 1 g Karbohidrat 22 g Asid lemak poli tak tepu 1 g Serabut Diet (Serat) 9 g Asid lemak mono tak tepu 1 g Jumlah gula 0 g Trans 0 g Protein 9 g Kolesterol 0 mg Vitamin A 0% Kalsium 0% Vitamin C 0% Zat besi 0% Nutrisi Pemakanan roti 100% WholeGrain (with
Canadian Purple Wheat) Jumlah sajian : 2 keping Kalori 145 Natrium 249 mg Jumlah lemak 2 g Potasium 0 mg Lemak tepu 1 g Karbohidrat 21 g Asid lemak poli tak tepu 1 g Serabut Diet (Serat) 5 g Asid lemak mono tak tepu 1 g Jumlah gula 0 g Trans 0 g Protein 9 g Kolesterol 0 mg Vitamin A 0% Kalsium 0% Vitamin C 0% Zat besi 0% Untuk diet, kita perlu manjaga kalori pemakanan
kita. Selain itu, makanan yang tinggi serat membantu proses penghadaman dan
mengelakkan sembelit, juga baik untuk diet. Makan yang baik untuk diet juga
perlu tinggi dengan vitamin. Canadian Purple Wheat lebih tinggi seratnya
berbanding Wholemeal with Sunflower Seeds, serta kalori lebih rendah. Selain
itu, nilai Glycaemic Index (G.I) untuk Canadian Purple Wheat lebih rendah,
iaitu 46 berbanding Wholemeal, iaitu 55. Glycaemic Index ialah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap tahap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I, bermakna lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori, dan kandungan gula akan meningkat dengan lebih cepat. Kesimpulannya, Canadian Purple Wheat adalah pilhan anda. - CARI |
farishaziqi replied at 15-1-2020 12:03 PM
Roti Sommerset Cottage roti diet yang paling sodapppp
Victorioussss replied at 15-1-2020 01:56 PM
Ok iols akan beli roti kaler purple tu sbb kalori dia rendah
Pastu sapu nutella tebal2
sarah82 replied at 15-1-2020 11:48 AM
Yg purple susah nak jumpa.. Tapi sedap.
fly_in_d_sky replied at 15-1-2020 05:13 PM
kalau beli barang kat Tescoboleh beli sekali roti purple wheat
saya beli 2 buku untuk 1 minggu l ...
ADVERTISEMENT