CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Mahu Lawan Pedang Dengan Bekas Isterinya Di Mahkamah

17-1-2020 12:08 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 8590| Komen: 23|Original author: Archaiv


Sumber Foto: culturedvultures

Seorang lelaki di Kansas telah meminta hakim mahkamah Iowa untuk membenarkannya bertarung pedang dengan bekas isterinya dan peguamnya supaya dia dapat "merosakkan jiwa mereka" dari tubuh mereka.

David Ostrom, 40, dari Paola, Kansas, berkata dalam sidang pengadilan pada 3 Jan bahawa isterinya, Bridgette Ostrom, 38, dari Harlan, Iowa, dan peguamnya, Matthew Hudson, telah "memusnahkan dirinya (secara undang-undang)." 

Pertikaian suami isteri ini berkenaan isu lawatan atau penjagaan dan pembayaran cukai harta tanah.

David Ostrom berkata;


"Hakim mempunyai kuasa untuk membenarkan pihak yang bersengketa untuk menyelesaikan perselisihan kami di gelanggang pertempuran, secara undang-undang," 

"Perbicaraan pertarungan tidak pernah dilarang secara eksplisit atau dibatasi sebagai hak di Amerika Syarikat".

Dia juga turut meminta masa selama 12 minggu supaya dia boleh mendapatkan pedang samurai Jepun daripada hakim tersebut.

Hakim Craig Dreismeier berkata dalam pemfailannya yang dibuat sendiri itu pada hari Isnin bahawa dia tidak akan mengeluarkan keputusannya dalam waktu terdekat, setelah melihat respon balas kedua-dua pihak dalam permintaan luar biasa ini.

Manakala sebelum itu, Peguam yang mewakili isteri Ostrom; Hudson meminta untuk hakim menolak permintaan tersebut dengan hujahnya dalam tindak balas undang-undangnya,  menyatakan bahawa  pertarungan boleh berakhir dengan kematian, dan ianya  melebihi nilainya daripada cukai harta benda dan isu hak penjagaan. 

"Sehinggalah langkah prosedur yang betul untuk memulakan prosiding mahkamah dibuat, mahkamah ini tidak akan mengambil tindakan lanjut mengenai sebarang usul, bantahan atau petisyen yang difailkan oleh salah satu pihak pada masa ini," kata hakim. - CARI 


Kredit foto: Rurouni Kenshin the Movie

rujukan artikel : fox4kc
31

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 17-1-2020 12:19 PM
pening lah..
Quote crazybeach 17-1-2020 12:51 PM
ingatkan bini dia berloceng nak lawan2 pedang bagai
Quote i_is_kennot 17-1-2020 01:27 PM
Dah kenapa nk bersamurai.. Aiyakk
Quote diggerr 17-1-2020 04:50 PM
{:cryrun{:cryrun
Quote sukacactus 17-1-2020 04:52 PM
Nak saling berbunuhan ke
Kesian la kat ank2
Quote orenmango 17-1-2020 04:57 PM
Kenapa tak minta buat Russian roulette je
Quote Archaiv 17-1-2020 06:20 PM

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 17-1-2020 06:21 PM
crazybeach replied at 17-1-2020 12:51 PM
ingatkan bini dia berloceng nak lawan2 pedang bagai

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 17-1-2020 06:22 PM
i_is_kennot replied at 17-1-2020 01:27 PM
Dah kenapa nk bersamurai.. Aiyakk

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 17-1-2020 06:22 PM

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 17-1-2020 06:23 PM
sukacactus replied at 17-1-2020 04:52 PM
Nak saling berbunuhan ke
Kesian la kat ank2

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 17-1-2020 06:23 PM
orenmango replied at 17-1-2020 04:57 PM
Kenapa tak minta buat Russian roulette je

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote sukacactus 17-1-2020 06:57 PM
Archaiv replied at 17-1-2020 06:23 PM
Terima kasih sebab sudi baca.

Sama sama TT
Rajin betul dia say thanks kat tiap posts
Quote Cassieopeia 17-1-2020 11:54 PM
pelikla kalau hakim benarkan..sah2 laki tu niqt nk bunuh ex dia
Quote sekngucing 18-1-2020 12:05 AM
ni translation kan

english dia ckp ' trial by combat' ke?
Quote Archaiv 18-1-2020 09:56 AM
Cassieopeia replied at 17-1-2020 11:54 PM
pelikla kalau hakim benarkan..sah2 laki tu niqt nk bunuh ex dia

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 18-1-2020 10:13 AM
sekngucing replied at 18-1-2020 12:05 AM
ni translation kan

english dia ckp ' trial by combat' ke?

Terima kasih sebab sudi baca.  Ya, trial by combat.


ini teks English;
The judge had the power to let the parties “resolve our disputes on the field of battle, legally,” David Ostrom said, adding in his filing that trial by combat “has never been explicitly banned or restricted as a right in these United States.”


tapi sewaktu saya cuba translate guna laman sesawang DBP-PRPM, susah mencari perkataan yang sesuai memandangkan CARI pula mengkehendaki penulis menaip sesuatu yang mudah difaham, tu yang jadi macam bahasa pasar, maaf kalau terjemahan saya banyak silap ya.
Quote JokesCop 18-1-2020 10:16 AM
Ini mcm duelling ler, kalau dulu, kematian atas sebab ini xakan di charge. Era colonialism, cempak sarung tangan atas tanah. En garde!!!
Quote dekmieDandy 20-1-2020 10:30 AM
Trial by Combat gitu

kau ingat ni games of throne ke apa

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.487567 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top