CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jual RM10 Je" - Wanita Melayu Dapat Tempahan 500,000 Kuih Kapit Sempena CNY

15-1-2020 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8179| Komen: 76

Rezeki seorang wanita Melayu apabila mendapat permintaan tinggi menyediakan kuih kapit bagi masyarakat Tionghoa.

Memetik laporan Sinar Harian, Kamsiah Tahir, 60 yang menghasilkan kuih tradisional itu sejak tahun 1985 menerima tempahan saban tahun menjelang Tahun Baru Cina.


"Saya menerima tempahan terbanyak tahun ini iaitu lebih 500,000 keping kuih kapit untuk perayaan Tahun Baru Cina.

"Sebelum ini saya terima tempahan banyak daripada masyarakat Melayu dan ia sudah biasa sehinggakan pada pagi raya selepas solat hari raya saya masih bakar kuih lagi sebab tempahan terlalu banyak.

Foto: Sinar Harian
"Saya akan dahulukan tempahan yang dibuat awal supaya kuih sempat disiapkan," katanya. 


Katanya lagi, masyarakat Cina yang membuat tempahan gemar meminta menambah telur dalam setiap kuih kapit. 

"Untuk hasilkan kuih kapit memang saya letak telur, tetapi masyarakat Cina lebih gemar letak telur lebih supaya lebih sedap," katanya.

Tambah menakjubkan, kuih kapitnya dijual cuma RM10 bagi 50 keping dan kini sudah memasuki pasaran London, Brunei dan Makkah. - CARI 
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 15-1-2020 10:28 AM
Baik support acik ni.dari support perampas lelaki
Quote rospinki 15-1-2020 10:31 AM
kuih sepit cina punya hanyir dan terlalu nipis rasa manis je tak sedap
Quote DARSITA 15-1-2020 10:31 AM
Kata Kamsiah, kuih kapitnya yang dijual RM10 bagi 50 keping kini sudah memasuki pasaran London, Brunei dan Makkah selain dihantar ke seluruh negara.

Syabas acik Kamsiah. Kalah ler sambal belacan TPA.

Murah benar RM$10 utk 50 keping.
Quote tagas 15-1-2020 10:40 AM
bersih ke sekitar

sampah bekas cawan minum

berlonggok kat belakang
Quote sarah82 15-1-2020 10:41 AM
Sedapnyaaaaaa.. Aku suka kuih kapit.. Tambah2 ada peanut butter.. Hahahah
Quote damsel_fiji 15-1-2020 10:47 AM
Crita acik kampung wajah suci yg berniaga dari tahun 80 an camnih boleh la percaya.. tp kalu citer anak jijik zizan semang yg baru setahun dua berniaga tapi claim untung sehari berpuluh ribu.. dengar boleh percaya jangan
Quote Kurex 15-1-2020 10:49 AM
kuih kapit letak cekelet dgn kacang tumbuk.. yummyehhh
Quote akies 15-1-2020 10:49 AM
Terbaik acik sekeluarga.
Moga bisnes terus maju
Quote Madel 15-1-2020 10:59 AM
Sedapnya kuih kapit
Dulu time kecik selalu gak tolong mendiang ahma aku buat kuih kapit n kuih ros..
Tpi ahma aku buat kapit gulung, bukan jenis lipat 3segi gini.
Seronok kompol reramai dgn sedara mara, tolong  jemur arang, colek2 arang kat muka
Ahma aku pun pandai buat Bangit Santan..the best Bangkit Santan in the world
Cair dlm mulut..
Rinduuu nya ..
Suasana CNY or Hari Raya mmg tak akan sama bila nenek/atuk dah meninggal kan.
Quote R2D2 15-1-2020 11:09 AM
Kurex replied at 15-1-2020 10:49 AM
kuih kapit letak cekelet dgn kacang tumbuk.. yummyehhh

memang sedap kalau ada coklat

Quote fliphair8 15-1-2020 11:14 AM
sedapnyaaa lahai....teruskan usaha makcik....bukan senang nak penetrate kuih2 sepet ni...
makcik usaha dengan daya org kampung makcik tanpa perlu menghimpit laki kawan...ehhhhhh..plak dah...silap
Quote kucingitam 15-1-2020 11:33 AM
tagas replied at 15-1-2020 10:40 AM
bersih ke sekitar

sampah bekas cawan minum

sebelah acik tu pun ada gantung kain pelikat... err..kain pelikat lama buat lap ke? tanya je

Quote DollahRepek 15-1-2020 11:34 AM
Kuih kapit peanut butter sedap
Quote palmolive 15-1-2020 11:35 AM
kalo lalat, dia tetap cari sampah
Quote stingerkiut 15-1-2020 11:39 AM
tagas replied at 15-1-2020 10:40 AM
bersih ke sekitar

sampah bekas cawan minum

pernah dengar istilah pelaris?
Quote stingerkiut 15-1-2020 11:41 AM
rospinki replied at 15-1-2020 10:31 AM
kuih sepit cina punya hanyir dan terlalu nipis rasa manis je tak sedap

kalau nak gunakan istilah itewww gunakanla betul betul....kalau kuih iteww aku rasa hapak istilahnya...tapi kalau hanyir iteww lebih seswai utk kepam kepit janda .....kheuunn?

kah kah kah kah
Quote Boomibulat 15-1-2020 11:43 AM
Melayu punya kapit lg power..nyonya x larat nk kapit dah..
Quote chicozinn 15-1-2020 11:43 AM
damsel_fiji replied at 15-1-2020 10:47 AM
Crita acik kampung wajah suci yg berniaga dari tahun 80 an camnih boleh la percaya.. tp kalu citer a ...

tau takpe..kalu ade teringin nak beli barang2 dari anak didik jijang semang baik rentikan la niat tu takut produk overclaimed..bila smpai kat tangan pembeli xherlok mana pun..
Quote anastasia7 15-1-2020 11:53 AM
Kurex replied at 15-1-2020 10:49 AM
kuih kapit letak cekelet dgn kacang tumbuk.. yummyehhh

Mmg kuih kapit kalau letak coklat kacang kena letak belah tepi2 je ke ek. Kalau letak tengah2 sikit tk boleh kapit ke. Frust beli, tp dpt secoet je tepi2

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.182455 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top