Gara-gara ditipu dengan janji manis mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur, seorang lelaki warga emas terpaksa pulang ke Kelantan dengan berjalan kaki.
Seakan tidak percaya, namun itulah yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia sanggup berjalan kaki pulang ke kampung halamannya selepas ditipu rakannya. “Sesiapa yang jumpa pakcik ni, tolonglah tumpangkan dia lepas tol Bentong, jalan kaki dari Subang nak Kelantan. “Katanya datang Kuala Lumpur nak kerja tukang cuci, dah sampai kawan dia cakap tak ada kerja. Jadi sebab tak ada duit dia nak balik jalan kaki. Saya nak belikan tiket bas, dia kata tak mahu sebab mabuk teruk kalau naik bas," tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu hantaran.
Katanya lagi,dia bercadang menumpangkan lelaki tersebut hingga ke Paka, namun ditolak dan diminta untuk diturunkan di Karak sahaja. Tidak sampai hati melihat keadaan pakcik itu, lelaki ini sempat memberikan sedikit wang dan air mineral kepadanya. Ramai di kalangan warganet yang menyatakan rasa simpati dengan keadaan tersebut dan berharap si penipu bakal mendapat hukumannya nanti. - CARI
|
bakingsoda replied at 15-1-2020 06:47 PM
beli ubat tidur bagi pakcik ni makan, bangun2 haa dah sampai kelate
dua_chzy replied at 15-1-2020 03:06 PM
Choosing beggars yach. Orang dah baik hati nak tolong beli tiket bas, ko pula menolak dengan alasan ...
ADVERTISEMENT