CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dapat RM30 Percuma Untuk E-Wallet Tapi Maklumat Peribadi Tergadai?

16-1-2020 11:33 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 10794| Komen: 55|Original author: HakirRahman

Disebabkan Malaysia sekarang hendak menuju kepada zaman "cashless", pelbagai inisiatif dijalankan kerajaan. Termasuklah, pemberian RM30 untuk mereka yang layak, kredit itu akan dimasukkan ke dalam aplikasi e-wallet terpilih dan permohonan boleh dibuat bermula 15 Januari sehingga 14 Mac depan. 


Tetapi, dalam keghairahan orang Malaysia mendapatkan RM30 percuma ini, wujud kebimbangan bahawa data peribadi kita sebenarnya "dijual" kepada pengendali aplikasi e-wallet terlibat. 

Apa jaminan kerajaan data peribadi pengguna akan dilindungi? Foto: TheStar


Pemberian data peribadi ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya nombor MyKad, akaun bank malah nombor telefon boleh digunakan untuk pelbagai tujuan pemasaran bersasar, malah kalau silap-silap data bocor ia boleh digunakan untuk kegiatan haram. Anda pernah dapat panggilan atau SMS entah dari mana bila habis daftar mana-mana web atau guna perkhidmatan apa-apa? Maksudnya, data peribadi anda sudah dijual. 

Dalam zaman internet, pengguna perlu diajar lindungi data. Foto: Google. 

Beberapa pengguna Twitter meluahkan kebimbangan ini kerana setakat ini tiada pengumuman bagaimana data diberikan untuk mendapat RM30 akan digunakan. Adakah pengendali aplikasi (Touch N Go, Grab dan Boost) diberikan akses kepada maklumat yang kita berikan (seperti gaji, nombor kad pengenalan dan lain-lain). Setakat mana maklumat tersebut akan digunakan oleh mereka dan kerajaan? 


Disebabkan banyak kes kebocoran data peribadi berlaku di Malaysia, timbul persoalan apakah usaha e-tunai kerajaan ini memikirkan aspek perlindungan data peribadi atau sebenarnya semua data diberikan kepada Grab, Touch n Go dan Boost boleh digunakan sesuka hati mereka? 

Anda sudah tebus e-tunai RM30? - CARI 

1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • chicozinn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Forfoxache 16-1-2020 11:36 AM
Please leave modern day civilisation for the guas

Seriously.

Quote Sazida 16-1-2020 11:38 AM
Nasib baik ic aku tak diterima. Dia nk ic biru jahh kot. Hahahahaha
Quote sarah82 16-1-2020 11:50 AM
Boost nak video selfie dgn ic x salah aku.. TnG nak selfie dgn ic.. Aku rasa mcm wowww.. Bahaya kot data ic aku senang2 nak bg kat pihak ketiga.
Quote Mary_jane 16-1-2020 11:55 AM
Dah lah pengendali app tu syarikat swasta. Kejap lagi berbondong2 call dari insurance company, court bagai.
Quote LostStar 16-1-2020 12:00 PM
the point is kenapa nak snap ic bagai.. aku pending kat situ... trso ssop dari buat..
Quote chicozinn 16-1-2020 12:08 PM
sorry la, aku sejak hampir terkena pasal RFID tu nak minta memacam roadtax keta la acc bank la aku trus matikan niat nak ade e-wallet..habis la sume data kita nak..sesilap haribulan duit dlam acc bank kita tu sikit2 ditarik utk bagi service charge kat pengendali apps..
Quote zacEfron 16-1-2020 12:08 PM
yg selama ni macau scam dpt data peribadi mangsa2  dr  syarikat2 yg uols percaya la ..
bank .. epf     
Quote Azharitubunga 16-1-2020 12:14 PM
Membantu scammers kah?
Quote zacks 16-1-2020 12:16 PM
tak dak bezanya dari time hgpa nak apply buka savings akaun bank baru atau apply credit card, apply postpaid telco & sebagainya. semua kena bak mai IC kat pegawai tu.

nombor & Data peribadi hgpa tu dah pun dikompromi dah.
ye la, tetiba ada je org call nak offer insurans la, servis tu la, ini la.
hgpa ingat, depa dapat nombor hp fon hgpa dari mana?

so time nak register ewallet ni baru nak paranoia bagai?

bit** please. -_-
Quote ina_na 16-1-2020 12:21 PM
Ala data kita pun dah mmg lama terdedah.. Kalo x, x kan la ade je call nak bg loan itu in.. Siap scammer pandai di abad ni call kata dr mahkamah tp call ari sabtu.. Mahkamah mn la keje ari sabtu.. Adoii la hai
Quote budaktua 16-1-2020 12:33 PM
takut kena refer data dgn LHDN?

tk pernah bayar cukai ka?
Quote mdhelmi 16-1-2020 12:38 PM
benda biasa je ni no big deal
yg baru sedar bagusla
lepas ni bole cuba apply loan kereta/rumah kat bank tanpa bg pape document

Quote CiliPadiSedap 16-1-2020 12:43 PM
Sazida replied at 16-1-2020 11:38 AM
Nasib baik ic aku tak diterima. Dia nk ic biru jahh kot. Hahahahaha

yang terima pasti menyesal lhdn buru , RM 30 maklumat ic terdedah rugi bersih je
Quote Sazida 16-1-2020 01:37 PM
CiliPadiSedap replied at 16-1-2020 12:43 PM
yang terima pasti menyesal lhdn buru , RM 30 maklumat ic terdedah rugi bersih je

Bantuan untok rakyatt tu kaka. Haruslah grab sepantas mungkin sblm expired.., mujurlahhh iols tidak seperti segelintir kwn2 iols siap haplod lg dah tebuss duet ini..
Quote akuMNdia 16-1-2020 02:17 PM

ramai ke yang hadap 30 hengget tu?
Quote Kitty_catz 16-1-2020 02:21 PM
Ntahnya.. 30 hengget jew.. bukan ada expiry date ke?

Kowser
Quote syadq 16-1-2020 02:34 PM
Ye memang dalam T&C dah bagitau pengguna bersetuju data peribadi didedahkan kpd agensi kerajaan, pihak berkuasa, perunding perkhidmatan ...
Quote tupaiterbang 16-1-2020 02:38 PM

demi RM30 tergadai data uols.....



Quote palmolive 16-1-2020 02:41 PM
masa install apps dh memang terdedah..bukan start dari bagi 30hinggit jek pun

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.241124 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top