Baru-baru ini, kumpulan Puteh yang terdiri daripada Ali, Mamak dan Man telah berjaya merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2019 (2019) buat pertama kalinya. MLM edisi kali ini agak mengejutkan apabila pasukan kegemaran peminat seperti Zero dan Bocey tewas kepada pasukan underdog, Puteh.
Untuk final edisi kali ini, kumpulan Puteh berjaya membuatkan seluruh penonton tersentuh apabila Ali terkenang akan anaknya yang baru sahaja meninggal pada tahun lepas. Namun kemenangan Puteh bukanlah atas dasar simpati, sebenarnya persembahan mereka pada final kali ini boleh dikatakan 'pecah perut' apabila mereka membuat juri sebagai bahan jenaka. Namun, ada lagi satu perkara yang mengejutkan netizen pada final MLM2019 ini apabila kumpulan Rare menggunakan lawak 'double meaning' untuk membuat jenaka berkenaan kerajaaan Pakatan Harapan (PH). Kumpulan Rare yang terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan Pak Ya telah membuat sketsa di mana Pak Ya bertanyakan tentang kualiti air kepada Ropie. "Ini pH okay ka?" "Terukkk" Seluruh penonton di auditorium kelihatan bersorak dan menepuk tangan dengan jenaka yang dibawakan oleh kumpulan Rare ini. Bukan itu sahaja, kumpulan Rare juga menggunakan isu tulisan jawi dalam sketsa mereka. Persembahan final kumpulan Rare telah menimbulkan rasa kurang senang kepada beberapa pihak apabila mereka menganggap kumpulan Rare telah menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menyebarkan kebencian kepada kerajaan. Malah, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi turut meluahkan rasa kurang senang beliau terhadap kumpulan Puteh di laman Twitter miliknya. Video penuh persembahan kumpulan Rare: |
RumiMenari replied at 17-1-2020 10:36 AM
Tak boleh terima betul bila Rare dpt no 5...
Betara_Indera: kah2.. bole kutuk org lain, tapi bile kene kutuk sentap
ADVERTISEMENT