CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Sempoi ! Azad Jazmin Walaupun Kena Saman, Tetap Mesra Dan Menyempat Lagi Selfie

17-1-2020 12:09 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7403| Komen: 35

Kredit Foto - Instagram Azad


"Award padan muka of the year"

Pelakon serba boleh, Azad Jasmin John Louis Jeffri atau Azad Jazmin memang aktif berkongsi apa sahaja dengan para peminatnya di laman instagram.

Terkini, beliau berkongsi pengalaman disaman penguatkuasa DBKL.


"Got Aman? SAMAN la anak oi @anakdarapakazad1 😂Hahaha padan dengan muka aku lagi!! Kali ni padan muka n kita selfie satu. Hehehe apapun inilah kerja depa tengah panas terik depa tetap kena bertugas dengan adil. Last sekali Amarra kata , Daddy what?'s your problem? Credit : to @enforcement.dbkl buat kerja dengan baik dan saya dianugerahkan award padan muka of the year hehehe" tulis Azad.

Menerusi video yang dikongsi, dalam masa dua hari, Azad telah dikenakan saman berturut-turut. Agak malang nampaknya.

Sebelum itu, Azad telah disaman oleh polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan kerana tidak membawa lesen memandunya bersama.

Kemudian, sehari kemudian,  dia disaman kerana double parking ketika membawa anak perempuannya ke klinik.




Aksi comel anak perempuannya, Amarra Sofea Rose memberitahu kereta milik bapanya telah disaman oleh salah seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mencuri perhatian para pengikutnya.

" Daddy you see this, haritu you got aman, hari ni you got aman, what is the problem  hah" ( Lihat. Haritu dapat saman, harini dapat saman, apa masalah hah)  kata Amarra dan disambut gelak oleh Azad.

Kali ini, pegawai DBKL yang bertugas sempat berselfie dengan Azad selepas memberi saman pada pelakon itu. Menyempat lagi pegawai DBKL yaa.

Kredit foto: Instagram Azad Jazmin

Sementara itu, Azad turut memuji pegawai DBKL berkenaan yang telah menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

Malah, dia berasa kagum terhadap mereka yang terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari.

Rata-rata pengikutnya di Instagram terhibur dengan gelagat Azad bersama anak perempuannya itu.

Kredit foto: Instagram Azad Jazmin

Bagusnya Pak Azad beri kerjasama dengan penjawat awam. Setengah orang tu sampai bergaduh bertumbuk bagai.

Moga ia jadi pengajaran untuk kita semua. Selamat membayar saman ya, Pak Azad.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 17-1-2020 12:13 PM
bangga ke kumpul saman?
tak heran la boleh nampak jenis driver macam mana..
Quote fliphair8 17-1-2020 12:28 PM
hakak tak tahu motip dia, tapi kita hari2 dihidangkan orang amukan di socmed sebab kena saman....walhal most cases dah memang salah sendiri...

so this is something different, pengajaran tentang adab....
Quote makita 17-1-2020 12:34 PM
Nampak la dia berlapang dada atas sbb kesalahan sendiri.
Quote kucingitam 17-1-2020 12:34 PM
fliphair8 replied at 17-1-2020 12:28 PM
hakak tak tahu motip dia, tapi kita hari2 dihidangkan orang amukan di socmed sebab kena saman....wal ...

yes..patut dapat pujian juga lah sebab tak merempan bila kena saman.

takde bg alasan 'aku hantar ank gi klinik..bla..bla..'


Quote minguk 17-1-2020 12:36 PM
bayar aman jangan lupa kay
Quote Boomibulat 17-1-2020 12:46 PM
Ingtkan kena saman jota2..DBKL je rupanya
Quote nazjula91 17-1-2020 02:14 PM
sempat lagi selfie tu
Quote i_is_kennot 17-1-2020 02:37 PM
Dia cuba melawak,   supaya tak stress pikir duit melayang nk bayar saman,  huhu
Quote puanbintang 17-1-2020 03:29 PM
bagusnya dia tak meroyan.. salah sendiripun, sempoi sungguh
Quote Managerara 17-1-2020 03:32 PM
Kena saman memangla boleh selpie..bukannye eksiden tersepit
Quote guesswho09 17-1-2020 03:35 PM
Bagus la cool je
kalau org lain tu tentu ada merungut2 jgk
walau salah sendiri
Quote akidhuyuf 17-1-2020 03:42 PM
Agak2 esok dia kena saman lagi tak?
Quote ikanmasin 17-1-2020 03:43 PM
siap memadankan muka sendiri ok lah tu sedar diri mmg tu
salah dia sendiri..beringatlah sll lesen keta kene sll bawa..
Quote MayaDelaRosa 17-1-2020 04:11 PM
Bagus..jadi contoh...Jgn nak meroyan ja..Ingat artis dpt hak keistimewaan ka...
Quote diss69 17-1-2020 04:14 PM
Ok laa walaupun nmpk mcm giler2 tp masih cool kena aman...
Quote JENABREJAM89 17-1-2020 04:15 PM
Sejak dh kertu ni ... Dh pandai yek c azad ni kawal maroh .....
Quote Yustan 17-1-2020 04:43 PM
Ok la tu x merempan
Quote mawar_pink 17-1-2020 08:58 PM
okla tu xmelenting...ada org melenting siap nk bertumbuk dgn pegawai dbkl tu...
Quote Nham22 17-1-2020 09:14 PM
Saman ja..kalau kene towing mau merempan

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064555 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top