CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Ditipu Sindiket Pekerjaan Palsu, Lelaki Sarawak Terperangkap Di Maldives

17-1-2020 01:08 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2735| Komen: 9|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Inzmam Khan / Pexels

Memang menyeronokkan bila ditawarkan peluang bekerja di luar negara, lebih-lebih lagi jika gaji dan manfaat yang ditawarkan jauh lebih baik daripada apa yang ada di Malaysia.

Namun, tidak semua tawaran tersebut boleh dipercayai bulat-bulat kerana mungkin didalangi oleh sindiket penipuan yang ingin menjerat mangsa.

Situasi itu dihadapi oleh seorang lelaki dari Sarawak yang ditawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan di Maldives oleh seorang ejen di Malaysia.

Mangsa terperangkap di Maldives kerana tiada pasport untuk membolehkannya pulang ke Malaysia. Kredit foto: Maldives Journal

Memetik laporan Coconuts KL pada 16 Januari, lelaki berusia 50-an itu menyedari dia ditipu apabila mendapati peluang pekerjaan yang dijanjikan tersebut sebenarnya tidak wujud.

Lebih malang lagi, agensi berkenaan telah merampas pasportnya lalu menyebabkan dia tidak dapat pulang ke Malaysia dan terperangkap di Maldives.

Mangsa juga berdepan kesukaran kerana Malaysia tidak mempunyai kedutaan di Male (ibu kota Maldives) dan kedutaan yang terdekat adalah di Colombo, Sri Lanka.

Keluarga lelaki itu akhirnya menghubungi Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kevin Yii Lee Wuen untuk mendapatkan bantuan.

Kevin Yii Lee Wuen. Kredit foto: Facebook
Kevin seterusnya memanjangkan isu tersebut kepada Kementerian Luar Negeri dan lelaki itu berjaya dikesan di Maldives.

Kementerian Luar Negeri turut mengeluarkan dokumen perjalanan yang diperlukan oleh mangsa untuk pulang ke pangkuan keluarganya di Sarawak.

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan di luar negara bagi mengelakkan terperangkap dengan taktik sindiket penipuan. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 17-1-2020 01:13 PM
Kamek kesian sama kau
Quote munchkin 17-1-2020 02:27 PM
Otedah. Moga dipermudahkan urusan
Quote i_is_kennot 17-1-2020 02:35 PM
Peringatan untuk kita semua..
Quote Artemesiaa 17-1-2020 03:20 PM
Zaman sekarang banyak penipuan kena selidik betul2 dulu sebelum buat apa2 keputusan
Quote Boomibulat 17-1-2020 03:26 PM
Ape lg..terus la bcuti kat resort sana..
Quote beta_carotene 17-1-2020 03:50 PM
Mungkin dia ingat kerja kat Maldives boleh aman berbilang kaum minum Kopi makan nasik Ayam semeja gitu kannn
Quote diggerr 17-1-2020 04:48 PM
{:cryrun{:cryrun
Quote LadyCarefree 18-1-2020 01:43 PM
beta_carotene: Mungkin dia ingat kerja kat Maldives boleh aman berbilang kaum minum Kopi makan nasik Ayam semeja gitu kannn



Maldives tu kalau penduduk temoatan ada satu bangsa dan satu ugama sahaja. Semua yang lahir di maldives dan warganegara wajib anut Islam. Sana tiada anjing, babi atau alkohol.
Quote dekmieDandy 20-1-2020 10:31 AM
ooo takda kedutaan ke

ramai kan orang Malaysia gi sana

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.253180 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top