CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Hina Nasi Lemak Kami!" Bawang Rangers Malaysia Bengang Dengan Wartawan Britain

17-1-2020 12:00 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7472| Komen: 32|Original author: Tukang Tulis

Kredit foto: Twitter

Seorang wartawan Britain, Katie Morley menerima kecaman hebat daripada netizen Malaysia gara-gara keceluparannya 'menghina' nasi lemak yang dianggap sebagai makanan kebangsaan negara ini.

Dalam laman Twitter miliknya pada 15 Januari lalu, Katie memberi markah 0 daripada 10 terhadap nasi lemak yang dihidangkan oleh British Airways.

"Demi kepentingan awam, saya kongsikan makanan teruk yang dihidangkan oleh British Airways kepada saya dalam penerbangan selama 13 jam.

"Lihatlah: kari ayam dihidangkan bersama telur rebus anemia, dengan ikan bilis busuk di atasnya. IKAN BILIS. Saya biasanya suka makanan dalam penerbangan, dan markah untuk makanan ini adalah 0/10," katanya.


Sudah tentu netizen Malaysia tidak berpuas hati dengan tindakan Katie memburuk-burukkan nasi lemak yang mereka sangat gemari itu.

Boleh dikatakan, mereka menganggap ulasan yang teruk terhadap nasi lemak itu seolah-olah sebagai penghinaan terhadap negara.

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Setelah menyedari kesilapannya, Katie memohon maaf melalui Twitter pada 16 Januari:

"Ramai rakyat Malaysia memberi maklum balas untuk memberitahu bahawa makanan yang saya 'tweet' semalam adalah makanan kebangsaan yang popular.

"Saya tidak mengetahuinya sebelum ini dan tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa.

"Seperti yang dijelaskan oleh ramai pihak, secara terang-terangan saya telah dihidangkan versi (nasi lemak) yang sangat teruk oleh BA.

"Saya pasti ia enak dan berharap untuk mencuba nasi lemak yang sebenar satu hari nanti!" jelasnya.

Kredit foto: Twitter
Tweet Katie itu turut dijawab oleh Darren Cronian, lelaki Britain menjadi popular kerana sanggup terbang sejauh 9,600 kilometer ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memakan nasi lemak yang sebenar.

"Katie, rakyat Malaysia sememangnya ghairah tentang makanan tempatan (di sana)," katanya.

Harap 'bawang rangers Malaysia' bawa bertenang sebab Katie sudah pun menyedarinya kesilapannya dan mungkin nasi lemak yang dihidangkan British Airways itu tidak setanding dengan apa yang ada di negara kita. - CARI
5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • JalenCCP

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Ina8895

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 17-1-2020 12:13 PM
Kesian pulak tengok makcik ni kena bash
Quote Artemesiaa 17-1-2020 12:19 PM
NIat dia mungkin nak komplain pasal hidangan yang dihidangkan pada dia tu tak fresh bukan pasal hidangan tu secara khasnya.  Mungkin penceritaannya tergantung bila cerita tak penuh yang membaca pasti akan salah faham.
Quote KIM.K 17-1-2020 12:20 PM
Betul ke kita gairah tentang makanan tempatan. Atau kita gairah dengan makanan je
Quote EmaAsmadi 17-1-2020 12:24 PM
Lepas kena hentam dan2 salahkan BA pulekk..tak kenapa omputeh  tak suka ikan bilis eh? Makanan untuk anemia kot
Quote mosti 17-1-2020 12:41 PM
Tak rasa lagi dah kata x sedap
Quote Mfzg89 17-1-2020 12:49 PM
bagi je dia try mkn budu..  
Quote any42 17-1-2020 01:12 PM
Edited by any42 at 17-1-2020 01:13 PM

omputeh biasanya suka soft boiled egg pastu anchovies pun jrang ad yg suka konon smelly la tu yg suka2 hentam. tmbah plak pihak yg bkalkn mknan airways tu mngkin main msak je mkanan xikut rsa btul smbal n nsi lemak tu. bila yg msak xsedap org luar mkn mna nk tau rsa asl.

minah ni plak p hentam nsb baik ad yg p btulkn apa yg patut.
Quote Ina8895 17-1-2020 01:12 PM
Yang kecam makcik tu tak berapa paham bahasa london kot
Quote sarukhan 17-1-2020 01:13 PM
Laaa biasalah tekak masing2..lagi pulak dia ni org luar.. Duhh netizen ni pon..
Quote fazzrules 17-1-2020 01:59 PM
Sejak tenet mudah di capai and murah ni..rakyat negara +60 ni pun dah jadi mcm netizen +62 dah sikit2 nak sentap and bash org kat media social..hmm
Quote jebatmaspunyer 17-1-2020 02:28 PM
kita ni patut respect lah pandangan orang.. tegurlah elok2... kena paham culture western camner.. internet murah dah kan.. cuba lah belajar culture org.. x semestinya kena pi travel.. ko travel guna alam maya pun bleh weh.. dia x biasa makanan camtu.. pastu BA plak serve version y tak menyelerakan.. jadi tu honest review dia..
Quote Ina8895 17-1-2020 02:55 PM
jebatmaspunyer replied at 17-1-2020 02:28 PM
kita ni patut respect lah pandangan orang.. tegurlah elok2... kena paham culture western camner.. in ...

Bawang rangers ni berani komen dalam alam maya je. Agaknya kalau depa ada can pegi london, terkebil2 macam rusa masuk kampung.
Quote CinnamonR 17-1-2020 03:06 PM
Byk je org luar x suke nasi lemak sbb bukan tekak deme...sbb omputih xsuke pedas sgt n bab ikan bilis tu pon deme x gemo lg satu makan nasi dgn telur pun deme pelik
Quote mdhelmi 17-1-2020 04:25 PM
Edited by mdhelmi at 17-1-2020 04:26 PM

bole je tanya elok2 makanan ape tu

Quote JalenCCP 17-1-2020 04:32 PM
mat salleh ni harus kena paksa makan nasi lemak setiap hari, akhirnya dia akan suka
Quote incess.my 17-1-2020 04:38 PM
Meh dtg melaka akak bagi cencalok perah limau... perghhh!
Quote diggerr 17-1-2020 04:51 PM
Dont mess with msians
Quote salmon-suki 17-1-2020 06:54 PM
EmaAsmadi: Lepas kena hentam dan2 salahkan BA pulekk..tak kenapa omputeh  tak suka ikan bilis eh? Makanan untuk anemia kot


bobby flay suka letak anchovies dlm masakan dia..maybe y ni tak suka sbb anchovies x crisoy kot..yelaa..lagikn chef dkt masterchef uk nak crispy ciken skin dlm rendang..kui3
Quote aijinmisaki 17-1-2020 07:00 PM
Biasanya orang luar tak berapa suka nasik lemak..kawan iols pinoy pun tak suka nasik lemak..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.210320 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top