Ramai yang ternanti-nantikan siapakah pengacara untuk majlis Anugerah Juara Lagu 34 yang bakal diadakan pada 9 Februari ini. Nampaknya semua persoalan sudah terjawab apabila Awal Ashaari bakal digandingkan dengan Sherry Alhadad dan Haziq Hussni nanti. Wah, pastinya ramai yang akan membandingkan Awal dengan Alif Satar yang mengacara AJL sebelum ini.
Mengakui perkara itu, Awal sememangnya sudah 'bersedia' dengan situasi tersebut.
Katanya, setiap pengacara mempunyai cara masing-masing. "Setiap pengacara mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Alif mempunyai satu aura dan juga kredibiliti yang hanya dia saja yang ada. "Saya juga mempunyai cara mengacara yang tersendiri. Kalau orang luar nak bandingkan memang akan ada. "Namun, ia ada perbezaan apabila mengacara berdua dengan bertiga. Tapi saya tidak khuatir dan akan ambil yang positif kerana Alif kawan saya," katanya kepada Astro Gempak.
|
incess.my replied at 17-1-2020 05:51 PM
Boleh je, awal atau aliff satar. Jangan nabil sudey!
unguaurora replied at 17-1-2020 11:05 AM
Awal skema sgt. Bosan, teringat oiam dulu. "Baiklah rakyat malaysia..bla3"
miss_strangers replied at 17-1-2020 06:49 PM
Betul, tolong jangan bagi pelawak bagi host AJL..alif or awal , both okay..
jijioaynna replied at 17-1-2020 09:33 PM
I lagi suke kembailkan FBI,ally n cheryl...n setuju sgt to say NO to pelawaks2 as pengacara majlis b ...
crazybeach replied at 17-1-2020 07:29 PM
alif satar pun macam ada jah address rakyat malaysia masa hosting. masa big stage pun macam addres ...
scrocth replied at 17-1-2020 09:51 PM
Haritu paknil flashback blk anugerah planet muzik 2003 yg buat kt KL. Masa tu pengacara nya sarah ...
ADVERTISEMENT