CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Herlok Ya, Patutlah Sorok Ek" - Setelah Setahun, Elly Mazlein 'Belanja' Gambar Bakal Suami

18-1-2020 07:41 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 30349| Komen: 167|Original author: intan

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom akhirnya mendedahkan wajah bakal suaminya itu pada majlis malam berinai yang berlangsung semalam. 


Setelah hampir setahun 'menyorok' wajah bakal suami, Mohamad Azlan yang mesra dipanggil Papa Awan Nano, kini peminat sudah pasti tidak lagi tertunggu-tunggu siapakah gerangan yang mencuri hari Kak Lina kita ini.
Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan pasangannya tampak anggun dan berseri dalam persalinan songket berona biru yang direka khas oleh Jimmy Couture dan ditata rias oleh Gabriel Padan.

Bakal suami aktres telemovie Kampung People itu diiringi dengan alunan tepukan kompang lima beradik sebelum masuk ke dalam dewan untuk majlis berinai.

Kredit Foto : Bernama Youth
Mengenakan tema Cik Siti Wan Kembang, majlis berinai itu diraikan di Dewan Sri Tun Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.


Mohamad Azlan yang bekerja sebagai guru dan berasal dari Kelantan itu segak bergaya dalam majlis penuh tradisi negeri Kelantan yang turut dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan media.


Majlis ini turut dihiburkan dengan persembahan silat selain ucapan daripada wakil kedua ahli keluarga.

Kedua bakal mempelai ini bakal disatukan pada sabtu ini dan disusuli dengan majlis resepsi pada hari yang sama.

Tahniah buat kak lina pompom kita ini. Semoga dipermudahkan urusan hendaknya! - CARI

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CinnamonR 18-1-2020 07:48 PM
Ermmm..kelantan...
Quote September14 18-1-2020 07:49 PM
Muka melayu yg ensem... klu mlyu yg putih jambang2 tp hidung x berapa mncung sllu keterunan apa ek?
Quote Melur1 18-1-2020 07:53 PM
manjanya anak kak lina ngan suami dia... selamat pengantin baru
Quote RatuDunia94 18-1-2020 07:53 PM
Elly Mazlein bukan org Perak ke??
Quote chicozinn 18-1-2020 07:55 PM
Yeke kak lina kepompom ni sskjp???i tot dia org perak..kalu btul bagus la insha Allah berkekalan..kalu idok meollss ucapkan smoga berjaya..
Quote 3480 18-1-2020 07:56 PM
Mcm black versi white skit
Quote che-cikL 18-1-2020 07:57 PM
Aikk bukan Elly Perak ke.... Sitiawan k Manjung ke? My former driver kata dia sekampung satu sekolah ke satu kelas, siap nak tunjuk rumah mak bapak Elly tu
Quote CinnamonR 18-1-2020 07:57 PM
RatuDunia94 replied at 18-1-2020 07:53 PM
Elly Mazlein bukan org Perak ke??

Tule...xpernah plak aku dgr die kecek kelate
Quote nafham 18-1-2020 07:57 PM
Very the melayu bersih. Set abang2 sgt laki dia ni
Quote CinnamonR 18-1-2020 07:58 PM
Tengok kat wiki elly mazlein asal slim river perak
Quote CinnamonR 18-1-2020 07:59 PM
Anak elly tu mcm rimas / x suke jerr..hahaa
Quote Perawankota 18-1-2020 08:09 PM
Aku nk Tergelak2 pon ada, kesian pon ada kt anak dia.. Mcm terhimpit kt tengah2..
Quote Megikari 18-1-2020 08:31 PM
Uishh.. Kalau cenggini la rupa cikgu geografi aku, aku sanggup repeat spm 7 kali pun takpe
Quote stargazer20 18-1-2020 08:41 PM
Megikari replied at 18-1-2020 08:31 PM
Uishh.. Kalau cenggini la rupa cikgu geografi aku, aku sanggup repeat spm 7 kali pun takpe


Quote delia3003 18-1-2020 08:49 PM
Biasa2 je iols tengok rope laki kak lina ni tapi huntung kak lina dpt pucuk muda. Ketara nampak cam kakak dan adik. Laki dia ni peminat kak lina ke? Btw, tahniah
Quote miss_strangers 18-1-2020 08:50 PM
3480 replied at 18-1-2020 07:56 PM
Mcm black versi white skit

Yer la. Patut macam familiar muka laki kak Lina...senyuman dia Iras black..
Quote miss_strangers 18-1-2020 08:52 PM
delia3003 replied at 18-1-2020 08:49 PM
Biasa2 je iols tengok rope laki kak lina ni tapi huntung kak lina dpt pucuk muda. Ketara nampak cam  ...

Kalau ikut kriteria Calon menantu idaman acik gomen skrg, mmg huntung sangat kak Lina dapat cikgu gaji tetap...
Quote RatuDunia94 18-1-2020 08:56 PM
Apesal muka anak sheols mcm muka mangsa dera???
Quote Cintakapuri 18-1-2020 09:01 PM
September14 replied at 18-1-2020 07:49 PM
Muka melayu yg ensem... klu mlyu yg putih jambang2 tp hidung x berapa mncung sllu keterunan apa ek?

Johor kot
Kelate encem2 sis

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.156524 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top