Macam sinetron! Laman media sosial di Indonesia kecoh dengan kisah pasangan kembar iaitu Nabila Az-Zahra dan Nadya Elvira yang telah terpisah selama 16 tahun. Mereka terpisah semasa usia 4 tahun akibat kesempitan hidup dan dijadikan anak angkat oleh keluarga berbeza.
Bagaimanapun, mereka berjaya dipertemukan atas bantuan netizen di media sosial Twitter dan TikTok. Menerusi video Youtube ini, Nadya berkongsi kisah bagaimana dia boleh mengetahui bahawa dia punyai kembar kepada penonton. Nabila pasangan kembarnya terkenal dengan video di TikTok dah mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Merasakan muka mereka mirip, Nadya membuat bebenang di laman Twitter yang secara kebetulannya menjadi tular. Keesokan harinya, Nabila mendapati bahawa saudara kembarnya, Nadya, ada meninggalkan mesej di laman Instagramnya.
Setelah mendapat DM dari Nadya, Nabila terus membuat keputusan untuk untuk membuat panggilan video dan dia sendiri terkejut melihat wajah Nadia begitu iras dengan dirinya sebelum bertanyakan lebih lanjut mengenai nama, umur, tarikh lahir, ketinggian dan sebagainya. “Pada mulanya saya terkejut, tidak mungkinlah wajah kami benar-benar serupa? Saya juga berasa seperti tidak percaya kerana saya memang dibesarkan bersendirian, tinggal bersama keluarga yang sederhana, tetapi bahagia,” tulis Nabila menceritakan perasaannya ketika mula mengetahui tentang Nadya. 'Pertemuan' di ruangan mesej ini seterusnya membawa kepada ke pertemuan sebenar atas usaha pelakon wanita Indonesia, Gritte Agatha yang mempertemukan pasangan kembar tersebut di saluran Youtube miliknya. Namun begitu, yang paling mengejutkan adalah, Nabila sebenarnya bukanlah hanyalah kembar dua beradik, tetapi tiga beradik! Sehingga kini, Nabila dan Nadya masih lagi berusaha mencari seorang lagi saudara kembarnya yang tidak mustahil boleh ditemui melalui internet juga. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada kedua orang pasangan kembar ini dan semoga segala usaha untuk mencari saudara kembar yang seterusnya dipermudahkan selalu! - CARI Sumber: Gritte Agatha, Tribun Lifestyle
|
CiliPadiSedap replied at 21-1-2020 05:25 PM
sis vokuru ada kembar alam bunian, tp kat alam bunian tak de tiktok hanya ada wechat
duri_durians replied at 22-1-2020 10:41 AM
dua2 beradik ni dijaga oleh keluarga angkat atau sorang je dgn keluarga angkat? kesian ya yg diberik ...
reddots replied at 22-1-2020 02:56 PM
begini ceritanya;
mereka di asuh oleh keluarga yang berbeza.
duri_durians replied at 22-1-2020 02:59 PM
terima kasih atas pencerahan..
jadi mak kandung nya adalah misteri lah kan?
reddots replied at 22-1-2020 03:06 PM
ya.. masih misteri..
Nabila yang tinggal di makasar merupakan yg bungsu. bermakna mereka masih me ...
fliphair8 replied at 21-1-2020 05:31 PM
hakak kagum ngan obsesi chuolss pada sis vokuro...tapi jarang tul dia muncul...
ADVERTISEMENT