CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Termos Meletup, Saya Hampir Buta" - Bila Tak Sabar, Habis 'Berlubang' Muka!

22-1-2020 11:18 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 7508| Komen: 32|Original author: Oleh: Archaiv

Termos meletup, saya hampir buta!


"Saya Hampir Buta, Penutup Termos Terbang"

Kisah ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri, di mana penulis hampir buta akibat terkena penutup termos yang 'terbang'.

Seawal usai maghrib, saya biasanya akan melayan anak buah, Daiyan yang berusia setahun lebih untuk beri ruang pada ayah, ibu dan isteri adik untuk mandi serta solat.

Adik saya iaitu bapa kepada Daiyan pula masih lagi di Sibu menunggu penerbangan pulang setiap seminggu dua di hujung minggu.

Kisahnya terjadi apabila saya menunggu kanak-kanak berkenaan dimandikan, sementara saya ke dapur. Terpandanglah mata saya ke arah sebuah termos besi hadiah "Min Caffe" yang dah lama tak boleh dibuka. 

Ketika itu, terdetik niat di hati mahu membukanya dan saya pun cubalah dengan air panas. Saya letakkan termos itu dalam posisi terbalik ke dalam sebuah kontena bulat sebelum mengisi air panas sekadar menenggelamkan penutupnya. 


Saya tahu ianya akan "pop", tapi tak sangka pula jadi "Kabboom".


"Saya Hampir Buta, Penutup Termos Terbang"

Saya mula melihat buih-buih keluar sebelum ia tiba-tiba saja meletup dengan kuat dan penutup termos terpelanting ke dinding kontena sehingga terus ke muka saya. 

Ibu yang terkejut dengan bunyi kuat itu terus keluar dan terkejut apabila melihat hidungku berdarah. Rasanya tidak sakit manapun, tapi saya jadi panik dan  terus mengambil kain berhampiran untuk mengelap darah itu. Panik punya pasal, kain mengelap dapur yang dicapainya.

Dengan berkain sarungnya, saya bersama ibu dan ayah ke klinik sebelum disuruh ke hospital untuk pemeriksaan sinar-X selain luka perlu dijahit kerana terlalu dalam. 

Apabila melihat di dalam cermin, saya rasakan wajah bagai berlubang. Walaupun berlubang teruk, saya tetap bersyukur tak kena pada mata kiri. Tapi, ada sedikit goresan di kelopak mata, tanda bertuahnya diri ini. 

Setelah sampai di hospital, mula-mula doktor cadangkan untuk gam saja, bila sampai dalam bilik plaster, doktor di situ pula cakap nak kena jahit dulu. Bukan apa, doktor dalam bilik plaster itu risau sebab dia nak keputusan yang terbaik untukku. Dia cadangkan untuk menunggu doktor pakar.  

Setelah lama melihat situasi, akhirnya satu jahitan dan gam telah dilakukan bersama dua kali suntikan. Dalam pukul 1 pagi barulah siap. Apa-apapun, terima kasih pada pihak klinik dan hospital Queen Elizabeth yang membantu merawat saya.


"Saya Hampir Buta, Penutup Termos Terbang"

Apabila difikir semula, saya terpaksa hidup dengan parut baru ini. Tak dinafikan ada sedikit perasaan malu untuk berhadapan dengan orang ramai selepas ini. Tapi, tiada perasaan yang lebih besar dalam hati saya selain bersyukur bahawa saya hampir buta dan Allah memilih jalan terbaik buat saya.

Pengajarannya; bila dalam fikiran ianya cuma "pop", beringatlah ianya boleh jadi "kabboom".


Gambar hiasan dari iklan tv3 lama.
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaamsar 22-1-2020 11:31 AM
Takutnya meletup sampai macam tu sekali
Quote Kurex 22-1-2020 11:52 AM
nak komen pasal iklan tu je.. still ingat lagi iklan tu.. haha
Quote Artemesiaa 22-1-2020 11:56 AM
Nasib tak kena pada mata kalau tak tentu lebih parah lagi
Quote RumiMenari 22-1-2020 11:56 AM
Kurex: nak komen pasal iklan tu je.. still ingat lagi iklan tu.. haha

Ingt2 lupa la iklan ni.. pasal rempit ke?
Quote prettyuglybabe 22-1-2020 12:00 PM
ooo.. macam tu ye cara nak buka termos ketat..
nasib baik dia tak ajak anak buah dia sama-sama mengadap termos tu..
Quote NekNgah 22-1-2020 12:03 PM
siapa dia ni?
Quote epal21 22-1-2020 12:38 PM
Ni kisah tt ke? Kesiannya. Sabar ye. Sapu bio oil & also kulit pisang pada parut tu.
Quote mdhelmi 22-1-2020 12:41 PM
isi penting hanya di perenggan ke 5 dan 6 sahaja
mungkin pada hari tu dah mandi ke blom dah makan ke blom etc...penulis lupa nk cerita

kalo susah nk buka pape penutup
lilit getah kat penutup tu
pastu baru pulas
bape byk lilit dan bape byk getah sesedap rasa
paling senang guna alas hitam yg org guna dlm kereta letak pewangi atau tepon tu
Quote matchstick 22-1-2020 01:01 PM
aku ada 1 vacuum thermos ni dulu jenama zebra kot..harga rm50+ gak. pakai sekejap je pastu jadi xboleh bukak mcm ni. dh mtk tolong ramai kwn2, drpd perempuan yg lemah smpi kpd lelaki yg badan sado kuat. tetap x boleh bukak. last sekali aku buang thermos tu. rasa rugi tp nasib baik aku x terpikir nk buat mcm gini. kalau x berparut lah muka aku yg jelita ni
Quote chicozinn 22-1-2020 01:09 PM
iklan last tu lejen weyhh..hihihi..Ya ALLAHH..maafkan saya mak..anda ditahan kerana memandu secara cuai..huhuhu
Quote Archaiv 22-1-2020 01:23 PM
bellaamsar replied at 22-1-2020 11:31 AM
Takutnya meletup sampai macam tu sekali

maaf cerita pasal pengalaman saya. Ambil teladannya saja ya. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 01:24 PM
Kurex replied at 22-1-2020 11:52 AM
nak komen pasal iklan tu je.. still ingat lagi iklan tu.. haha

hahaha... Iklan 90' tak macam iklan sekarang, iklan dulu semua catchy dan boleh jadi punchline zaman sekarang. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 01:29 PM
Artemesiaa replied at 22-1-2020 11:56 AM
Nasib tak kena pada mata kalau tak tentu lebih parah lagi

Sangat bersyukur tak kena mata. Maaf sebab menulis cerita saya, ambil teladan saja. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 01:31 PM
RumiMenari replied at 22-1-2020 11:56 AM
Ingt2 lupa la iklan ni.. pasal rempit ke?

Maaf sebab menulis cerita saya, ambil teladan saja. Terima kasih sebab sudi baca.

https://www.youtube.com/watch?v=33w4haSm21A
Quote Archaiv 22-1-2020 01:32 PM

Maaf sebab menulis pasal saya, ambil teladan saja. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 01:34 PM
epal21 replied at 22-1-2020 12:38 PM
Ni kisah tt ke? Kesiannya. Sabar ye. Sapu bio oil & also kulit pisang pada parut tu.

David Bowles quotes  “When wounds are healed by love, The scars are beautiful.”


Maaf cerita pasal saya, ambil teladan saja. Terima kasih sebab sudi baca.
[kalau ada tips nak kurangkan parut ni, info kat saya ya!]

Quote Archaiv 22-1-2020 01:38 PM
mdhelmi replied at 22-1-2020 12:41 PM
isi penting hanya di perenggan ke 5 dan 6 sahaja
mungkin pada hari tu dah mandi ke blom dah makan k ...

Dah mandi sebab lepas solat maghrib barulah turun jaga anak buah. Jujurnya memang aku jangka udara kat dalam termos expand, mungkin badan termos akan melompat sedikit. Tapi lain yang jadi. Penutup tu terbang laju sangat.
Quote Archaiv 22-1-2020 01:39 PM
matchstick replied at 22-1-2020 01:01 PM
aku ada 1 vacuum thermos ni dulu jenama zebra kot..harga rm50+ gak. pakai sekejap je pastu jadi xbol ...

Terima kasih sebab baca. Ambil teladan saja, dan maaf sebab cerita pasal saya.
Quote Archaiv 22-1-2020 01:40 PM
chicozinn replied at 22-1-2020 01:09 PM
iklan last tu lejen weyhh..hihihi..Ya ALLAHH..maafkan saya mak..anda ditahan kerana memandu secara c ...

Hehehe... Melekat dalam kepala semua iklan 90', apa-apaun. maaf cerita pasal saya, ambil teladan saja. Terima kasih sebab baca.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.089932 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top