|
Masa bercinta lagi dah 'bersemut', dah ikat tali pertunangan ni lagilah manis sampai 'boleh diabetes'! Siapa tidak kenal dengan Nur Risteena Munim yang sering berkongsi kemesraan hubungan cintanya dengan Isa Khan hingga timbul rasa muak di kalangan ramai.
Nampaknya, pasangan itu tidak peduli dengan kritikan dan kecaman warganet yang menyifatkan hubungan mereka terlalu mesra walaupun masih belum halal sepenuhnya. Dalam kemas kini terbaru di Instagram masing-masing, Risteena dan Isa memuat naik video mereka berdansa dengan lagu latar One In A Million. Siap main tenung mata dalam-dalam sambil dukung-dukung macam princess! Romantis gitu. "Goodbye haters!" tulisnya bersama video itu.
|


mieymiey replied at 21-1-2020 12:54 PM
Jadi maksudnya, dah halal separuh? Cenggitu?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048195 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.