CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

BSH 2020: Macam Mana Nak Mohon?

23-1-2020 12:05 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 7195| Komen: 3|Original author: PDOT777


Seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, BSH kini diteruskan untuk tahun 2020. Pada pembentangan Bajet 2020, BSH untuk golongan bujang diperkenalkan semula dengan pemberian wang tunai sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.


Untuk pemohon isi rumah, pembayaran dilakukan sebanyak tiga kali (fasa). Fasa pertama adalah pada bulan Januari, fasa kedua pada bulan Mei, manakala fasa ketiga pada bulan Ogos 2020. Tempoh pemohonan dan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Kredit foto: BSH fasa kedua dibayar 28 Mei - Portal Islam dan Melayu, ismaweb.net

Anda boleh lihat kategori jumlah bantuan dan syarat kelayakan BSH 2020 di laman web https://www.mysumber.com/permohonan-bsh.html. Anda juga boleh lihat maklumat individu yang layak membuat permohonan BSH 2020 di laman web ini. 


Macam mana nak mohon bantuan BSH ni? Ada dua cara, iaitu secara online, dan juga secara offline.               

Untuk mohon BSH secara online ikut format tahun 2019, mudah saja. Pertama sekali, pergi ke laman web https://bsh.hasil.gov.my/. Tekan butang Permohonan Baru. Kemudian, isi maklumat anda pada tab Maklumat Pemohon, serta maklumat anak anda pada tab Maklumat Anak.

Pada tab Maklumat Bank, masukkan nama bank yang anda ingin guna untuk menerima BSH, berserta dengan nombor akaun bank tersebut. Pada tab Dokumen Sokongan, masukkan dokumen yang anda ingin gunakan untuk membantu proses permohonan anda. Satu permohonan adalah terhad kepada ENAM dokumen sokongan sahaja, dan saiz satu file dokumen sokongan tersebut mestilah tidak melebihi 3MB.

Pada tab Maklumat Waris, isikan maklumat waris. Pada tab Pengesahan, isikan perkataan yang anda nampak pada CAPTCHA yang diberikan. Kemudian, tekan butang SAHKAN CAPTCHA. Kemudian, tekan butang Teruskan. Pada notification box yang meminta pengesahan daripada anda, baca terms dan conditions yang tertera. Kemudian, tick pada pernyataan tersebut.

Tekan butang Hantar, dan permohonan anda berjaya.

       
Laman Web Rasmi BSH Kredit foto: https://bsh.hasil.gov.my/Default.aspx

Untuk mohon BSH secara offline pula, anda perlu mendapatkan Borang Permohonan BSH di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH. Anda juga perlu ada dokumen sokongan untuk permohonan offline ini.

Untuk pemohon, dokumen sokongan yang anda perlu bawa ialah Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara, salinan Sijil Penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri  dan Jabatan Pendaftaran Negara (jika sudah bercerai), salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (jika pasangan sudah meninggal dunia), serta salinan Sijil Dekri Nisi atau Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Untuk pasangan, dokumen yang kena bawa ialah salinan Pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS), atau salinan Passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan Lama.

Bagi anak pula, ada dua kategori, iaitu anak kandung dan anak angkat. Untuk anak kandung, dokumennya ialah salinan MyKad / MyKid, ataupun salinan sijil kelahiran bagi yang belum ada MyKad. Bagi anak angkat, dokumen sokongan yang diperlukan ialah salinan MyKad / MyKid, atau salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 

Untuk bagi dokumen sokongan, anda perlu serah sekali dengan Borang Serahan Dokumen sokongan BSH yang boleh didapati di Portal Rasmi BSH. 

Apa tunggu lagi? Cepatlah mohon apabila tarikh dah dibuka. Gunakan peluang yang ada untuk ringankan bebanan kewangan keluarga anda.- CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-1-2020 11:58 AM
r tu baru tambah ke apa
Quote PDOT777 23-1-2020 12:27 PM
Kurex replied at 23-1-2020 03:58 AM
r tu baru tambah ke apa

yup baru tmbah
Quote Mfzg89 23-1-2020 02:00 PM
malas nk mohon..kejap nk bagi, kejap x jadi plak..cam paria. karang dah update korg cancel balik. data dah dpt senang nk kutip cukai..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.136901 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top