CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubat Terkawal Dijual 'Senang-senang Je' Di Alam Maya, Doktor Terkejut

21-1-2020 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3095| Komen: 16

Nampaknya penjualan ubat-ubatan yang dijual menerusi laman e-dagang semakin berleluasa dan membimbangkan.

Seorang doktor menerusi Twitter berkongsi hal tersebut yang menunjukkan penjualan vitamin A yang mengandungi isotretinoin yang seharusnya diambil dengan rujukan doktor.


Kredit foto: flickr


Katanya lagi, bahan tersebut selalunya diambil dengan rujukan doktor kerana tanpa pantauan pakar, ia boleh membawa kepada masalah lain.

“Jika wanita mengandung mengambil ubat tersebut, ia boleh menyebabkan kecacatan janin dan pelbagai komplikasi lain,” tulisnya.

Katanya lagi, ia merupakan ubat terkawal dan lazimnya doktor pakar yang boleh memberi preskripsi ubat itu. 



Doktor ini juga menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan sekaligus mengelakkan penjualan sesuka hati di laman maya.

Dalam pada itu, seorang pengguna terkejut dengan penjualan ubat tersebut secara terbuka kerana dia sendiri perlu tandatangan ketika berjumpa doktor berhubung ubat tersebut.

“Wow, waktu saya mendapat preskripsi ubat ini (isotretinoin), saya telah menandatangan perjanjian bersetuju menerima risiko ubat ini dan bagaimana ubat ini boleh memberi kesan pada kehamilan,” katanya.

Apa pula pendapat anda? - CARI 
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-1-2020 03:44 PM
Bila hanya keuntungan yang difikirkan dan ubatan itu tengah tinggi permintaan mulalah ada yang ambil peluang
Quote Boomibulat 21-1-2020 03:45 PM
Sape la yg bodo pgi beli ubat kat shopee..?lain la ubat kuat
Quote chinta89 21-1-2020 03:49 PM
omg gila                                
Quote cikatilia 21-1-2020 03:57 PM
bahaya namatey
bukan sebarang boleh ambik

choiiii kang dpt baby cacat xmemasal
Quote Megikari 21-1-2020 04:00 PM
Kat shopee tu dah macam2 benda jual. Ubat diet lagi la berlambak2 including yang dari indon n china. Yang beli pun bodoh, ingat ginjal n hati tu boleh beli sparepart ke
Quote salmon-suki 21-1-2020 04:01 PM
Ni ubt utk ape?
Quote rosasen 21-1-2020 04:05 PM
kalo google, mcm ubat utk rawat jerawat je..
Quote fliphair8 21-1-2020 04:14 PM
isotretenoin ni untuk ape benonya? hakak maleh gugel today...
Quote MissLana 21-1-2020 04:20 PM
fliphair8 replied at 21-1-2020 04:14 PM
isotretenoin ni untuk ape benonya? hakak maleh gugel today...

ubat jerawat. selalu dermatologist je yg boleh bg prescription
Quote fliphair8 21-1-2020 04:21 PM
MissLana replied at 21-1-2020 04:20 PM
ubat jerawat. selalu dermatologist je yg boleh bg prescription

i see, thanks. camne pun hakak tetap percaya pharmacist and klinik...
Quote MissLana 21-1-2020 04:28 PM
fliphair8 replied at 21-1-2020 04:21 PM
i see, thanks. camne pun hakak tetap percaya pharmacist and klinik...

ye kak. jgn beli memandai kan if beli dkt pharmacist pun dia guide dulu kita kot. beli kt shopee semata bahaya. btw iols mmg tgh mkn ubat ni. utk accutane treatment.
Quote husna_amal 21-1-2020 04:29 PM
Ada juga pengguna yang berani beli sebarangan ubat ni ya. Adakah sebab harga yang murah?
Quote komotthecat 21-1-2020 05:35 PM
ubat utk kucing pon komot xbrni nk beli online
Quote izzah_ok 21-1-2020 05:43 PM
ni ubat jerawat..tp utk yg kronik je..mcm jerawat batu bernanah tu..
kalau beli kat pharmacy pun dia bg guide
berani betul beli dkt shopee
Quote evlinne 21-1-2020 07:31 PM
Wah beraninya jual kt shopee
Even iols pun dlu amik dari derm
Mmg mahal ubat ni bila ambik dri derm but atleast dia monitor
Quote kaksenah65 21-1-2020 08:46 PM
Pernah jugak terjumpa website yg jual pil terkawal untuk gugurkan kandungan. Kalau dah terang-terangan online menjual nya, bukan black market lah kan? {:question

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.284520 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top