Sesiapa yang mengenali pengacara dan pelakon Ain Edruce, pasti akan teringatkan suara dia yang serak-serak basah itu kan? Karakteristik itu membuatkan Ain tampil unik berbanding dengan selebriti lain.
Tapi siapa sangka rupanya wanita yang baru sahaja berkahwin itu sebenarnya mempunyai suara yang lembut ayu sahaja semasa dia berusi awal 20-an. Kenyataan ini hanya diketahui netizen apabila satu video lamanya telah tular di laman Twitter baru-baru ini. Dalam video tersebut, Ain kelihatan sedang mengacarakan satu rancangan yang bertajuk "Girls Only Show" di bawah saluran Youtube, "Inspirasi". Nampak feminin sangat Ain di dalam video tersebut sampaikan netizen ingatkan yang itu adalah Bella Astillah! Netizen juga berkongsi yang Ain sebenarnya pernah menceritakan mengenai hal ini. Katanya selepas dia demam dan batu teruk, terus suaranya berubah. Daripada boleh menyanyi sampi terus dah tak boleh! Mereka juga turut memuat naik video Ain menyanyi suatu ketika dahulu. Disebabkan tular ke seluruh pelosok Twitter, Ain Edruce turut 'terserempak' dengan entri berkenaan. Dia ulang ciap video tersebut sambil meluahkan rasa rindu dengan suara asalnya. Pun begitu, ramai peminat yang memuji suara serak basah Ain ini kerana keunikannya selain mahu memujuk selebriti itu kerana bersedih dengan kehilangan suara asalnya. Kesiannya bertukar suara sebab sakit je! -CARI
|
Kurex replied at 23-1-2020 12:00 PM
best ke dia berlakon?
dua_chzy: Akak lagik suka Ain dengan suara sheol sekarang. Unik dan hada personality yang kuat.Jantan mungkin prefer versi lama.
cicicumel replied at 23-1-2020 02:47 PM
ala2 DCT la dulu lembut skrg mcm suara mokkay
doubleA replied at 23-1-2020 12:02 PM
Ko kena tengok cte camelia tv3 pukul 10 malam sekarang, kat youtube pun ada. Pada aku ok la, tak k ...
ADVERTISEMENT