CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Babi Hutan Lagi Sedap Dari Babi Pink," -Terkedu Isteri Dengar Adam Corrie Mengaku

22-1-2020 02:51 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16239| Komen: 101|Original author: Oleh: Saiful

Adam Corrie mengaku yang dia pernah makan daging babi hutan, sebelum memeluk agama Islam.

Adam memberitahu perkara tersebut selepas ditanya oleh isterinya sendiri.

 
"Bidadari saya tanya...saya jawab je lah dengan jujur. Makan, babi hutan lagi sedap daripada babi pink," tulisnya di Instagram.


Berikutan jawapan tersebut, isterinya  terkejut apabila mengetahui bahawa daging haiwan liar lagi sedap dari spesies biasa.

Menurut Adam lagi, kini ramai yang bukan beragama Islam pun sudah mempunyai kesedaran mengenai kemudaratan memakan daging babi.



"Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan.

"Dan Alhamdulillah, empat tahu sebelum saya syahadah, kembali kepada fitrah, saya sudah tiada rasa nak makan babi. Rupanya, Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah," tambahnya.

Foto: IG
Bagaimanapun Adam berkongsi cerita bukan untuk menghina namun untuk dijadikan sebagai ilmu pengetahuan. 

"Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya."

Adam telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd. Fuad pada 2008. -CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-1-2020 02:53 PM
comel anak dia
Quote duri_durians 22-1-2020 03:07 PM

jaarang-jarang kurex komen yang tiada "semoga ..."
Quote mixed 22-1-2020 03:10 PM
mmg pun kwn cina aku pn ckp
babi hutan sedap manis dr babi pink

sb tu klu kt kg ada babi hutan msk kebun
org kg akan call je sorang pakcik melayu ni
yg ada senapang pg tembak babi tu
pakcik tu jual  kt cina

duit jualan ni depa bt beli peluru  
Quote mieymiey 22-1-2020 03:16 PM
No wonder la ramai orang luar dari Sabah pakat cari sinalau bakas
Quote keknaih 22-1-2020 03:17 PM
alhamdulillah.. suka tgk diorg
Quote dua_chzy 22-1-2020 03:25 PM
Fresh tak sedap. Salai sedap. Buat masak lemak ka, kari ka, stew ka, sup ka.

Sekian terima kaseh.
Quote Boomibulat 22-1-2020 03:31 PM
dua_chzy replied at 22-1-2020 03:25 PM
Fresh tak sedap. Salai sedap. Buat masak lemak ka, kari ka, stew ka, sup ka.

Sekian terima kaseh ...

Kecur air liur membayangkan..golek sedap tak?
Quote barfi 22-1-2020 03:32 PM
Tak perlu la kot duk bagitau rasa sedap babi ni. Bimbang menggalakkan muslim2 bimbo nak mencuba
Quote ogata 22-1-2020 03:34 PM
babi hutan kurang hanyir...
Quote CrowneGlory 22-1-2020 03:41 PM
anak dia ni adorable betul...
Quote krieysa 22-1-2020 03:42 PM
Ex boss aku pun ckp babi hutan lagi sedap... Kat area rumah aku byk je Babi hutan ni.apsal cina2 ni x tangkap buat lauk plak...
Quote fliphair8 22-1-2020 03:46 PM
mmg ramai dah pepuak cepet yg x makan babi dan bersunat...bukan muslim pun, hanya atas dasar kesedaran terhadap kebersihan dan kesihatan....

agak2 laaa binatang makan sampah bangkai segala nak dimakan plak....haishhhhhh
Quote Trunkk_ZZ 22-1-2020 03:46 PM
opkozla babi hutan lagi sedap dari babi pink

contoh: beza rasa antara ikan patin sungai liar (babi hutan) vs ikan patin kolam (babi pink)

harga pun sama hat hutan2 mahal, hat pelihara murah

lagipun babi hutan ni makan sayur, buah2 rajin exercise, babi pink makan dedak penggemuk babi + malas exercise
Quote dua_chzy 22-1-2020 03:51 PM
Boomibulat replied at 22-1-2020 03:31 PM
Kecur air liur membayangkan..golek sedap tak?

Sedap kot, haha.
Quote dua_chzy 22-1-2020 03:52 PM
Trunkk_ZZ replied at 22-1-2020 03:46 PM
opkozla babi hutan lagi sedap dari babi pink

contoh: beza rasa antara ikan patin sungai liar (bab ...

Tapi jangan sesekali makan babi hutan pencen terutama betins yach. Baunya yarooobbiiiiii sangat.
Quote sayang_mulut 22-1-2020 03:56 PM
macam ayam la.. korang kan lagi suke ayam kampung dari ayam bela..
Quote johan-adx 22-1-2020 04:06 PM
mcm ayam kampung dgn ayam daging la..sdp lg ayam kampung
Quote WanXX 22-1-2020 04:26 PM
Kalau uols berkunjung ke tanah tinggi kundasang melalui perjalanan tu uols akan dihidangkan asap barbecue dr (sinalau bakas) babi bakar.. Semerbak mewangi
Quote Madel 22-1-2020 04:29 PM
Mmg sedap pun

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top