|
Satu rakaman menunjukkan wanita yang baru sahaja ditembak individu tak dikenali masih mampu tersenyum ketika rakannya membuat siaran langsung Facebook.
Memetik laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di Chattanooga, Tennessee itu menunjukkan mangsa pada awalnya menghampiri sebuah kereta sebelum kedengaran bunyi tembakan dan rebah di atas jalan raya. Rakannya yang sedang melakukan Facebook live segera lari menyelamatkan diri sebelum datang semula menghampiri mangsa. Ketika itu, dapat dilihat mangsa hanya terbaring namun masih mampu tersenyum dan berkata, "Inilah kehidupan tak mengapa." Video tersebut dimuat naik ke Twitter dan tular sehingga 4.4 juta tontonan warga maya.
Mereka mula mempertikaikan insiden tersebut sebagai cuma lakonan semata-mata. Ini kerana mereka berkata "tidak nampak bukti wanita itu ditembak dan bahagian yang tercedera." Apa pula pendapat anda? - CARI |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.192373 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.