CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Nina Iskandar Berang Dengan Penghisap Vape Yang Pentingkan Diri Sendiri

23-1-2020 10:28 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5770| Komen: 32






"Vape is much better than cigarattes konon, have some knowledge on this please."

Wah! Bunyinya marah betul pelakon Nina Iskandar di laman IG Story. Rupa-rupanya dia meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir individu yang menghisap rokok elektronik (vape) berdekatan dengan orang ramai. Sikap mementingkan diri ini lah yang akan membahayakan nyawa orang ramai terutamanya pada bayi yang tidak mempunyai apa-apa antibodi.

Bagi Nina, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, tetapi bila berlaku situasi ini, semuanya jadi huru hara kerana ada penghisap vape beranggapan rokok elektronik itu sendiri selamat berbanding rokok. Segala-galanya ditulis di Instagram Stories.


IG


"Kita yang mengandungkan dia sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan dia, senang-senang je orang sekeliling nak dedahkan dia dengan asap rokok dan vape."

Walaupun vape dikatakan lebih baik berbanding merokok, ia tetap kata Nina membahayakan kesihatan pengguna dan individu sekeliling. Ini kerana kesannya kepada mereka yang terhidu tetap membahayakan kesihatan. Jika sikap sambil lewa ini berterusan, akan terjadi perkara yang lebih buruk seperti bayi terkena penyakit lelah dan sebagainya.

ig

  "Tolonglah berilmu sedikit. Sedari bahawa ia tetap membahayakan kesihatan. nanti apabila bayi terkena asthma atau perkara lebih buruk baru menyesal. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati!"

ig

Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqi.

Bukan Nina seorang ja mengalami masalah ni, rata-rata ibu bapa turut berhadapan situasi sama. Jadi, buat perokok dan juga yang menghisap vape, eloklah jauhkan diri anda daripada orang ramai. Cari tempat yang lebih sesuai untuk aktiviti tersebut. Maklumlah kes 'second smoker' di hospital sekarang makin meningkat, jadi mencegah lebih baik dari merawat ya.- CARI 


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-1-2020 11:33 AM
Paling hanat..hisap vape bau stoberi tembikai bagai
Pastu fuuuuhhhhh kat jalanan...
Jilaka btoi
Walaupon bau tu bau wangi
Tapi dah keluar dari mulut ko..tetap la geliiiii...
Lain la kau tu air freshner...


Karangan tentang aku sebuah air freshner
Tah lebih dari 500 patah perkataan
Quote husna_amal 23-1-2020 11:46 AM
Mereko perokok pengevape ni tak peduli pun orang sekeliling yang penting diorang rasa puas mengisap.
Quote Cari-Azza 23-1-2020 12:10 PM
shernazz: Paling hanat..hisap vape bau stoberi tembikai bagaiPastu fuuuuhhhhh kat jalanan...Jilaka btoiWalaupon bau tu bau wangiTapi dah keluar dari mulut ko..t ...



Betul tu, sakitnya hati. Dorang ingat bau segala buah2an tu ok lah untuk kita kan. Rasa nak sembur tapi tu lah. Sabar2. So memang patut kita komplen orang camni. Haisy
Quote doubleA 23-1-2020 12:11 PM
Bukan perokok atau vape je selfish, yg batuk bersin tak reti tutup mulut pun banyak. Germs everywhere, kesian golongan berisiko macam baby, org tua dan ibu mengandung la. Selfish sangat.
Quote AshkieLa 23-1-2020 12:34 PM
aku bengkek time tengok bola kat stadium..
dah duduk area family kot.. tetiba ade bapak budak sembur asap mcm naga..
2-3x pam plak tu... ni budak2 ade ramai ni..
kalau ko pi duduk area kelab penyokong tu ke ko nak sembur asap 100x pam pun lantak ko la..
sbb mostly takde kanak2 dan ibu mengandung nak saje2 pi hulur hidung dan paru2 nak duduk situ...
Quote ina_na 23-1-2020 12:48 PM
Spesis ni mmg patut kn Saman.. Menyampah btl..
Quote Lailerthee 23-1-2020 12:50 PM
Sokong. Kalau tempat awam tu jangan la hisap rokok ke vape ke kalau xkesah tentang kesihatan anak sendiri tlg laa hormat dan kesian dekat kesihatan anak org lain. Dah 2020 kot mne common sense
Quote azlinazakarya 23-1-2020 01:15 PM
Eyh... ,?!! Dah beranak rupa nya dia ni....
Quote meisapoya 23-1-2020 01:27 PM
Ya. Dalam family besar i, ada jugak perokok tegar ni... bila baby kena asma baru terhegeh nak berhenti. Masa tu dah terlambat...
Quote Victorioussss 23-1-2020 01:54 PM
Kau pun satu hal anak kecil merah lagi nak gi bawak gi public. Kalu xorg batuk dekat dgn anak kau, setel..lg teruk dari asap vape

Mohon ade org beli suria hitam isap depan dia dgn anak dia ni

Quote Victorioussss 23-1-2020 01:55 PM
shernazz: Paling hanat..hisap vape bau stoberi tembikai bagaiPastu fuuuuhhhhh kat jalanan...Jilaka btoiWalaupon bau tu bau wangiTapi dah keluar dari mulut ko..t ...



Iols isap keladi cheese chuols
Sedapnya asap perisa cheese..Kek pisang dan kopi latte pn ada
Quote epal21 23-1-2020 02:03 PM
Dah beranak rupanya? Bg iols elakkan bawa baby ke tempat awam yg ada potential nak ada smokers or vapers.
Quote Nana_Man 23-1-2020 07:56 PM
Cakap bnyk pun tak guna. Dah tau ada smokers, bwk budak tu jauh sikit.
Aku nk ot jap. Mgkn budak balqis tu sakit pun pasal smoke ni jgk. Plakon2/crew drama pun ada yg suka smoke merata tanpa hiraukn budak2.
Quote salamon 23-1-2020 08:01 PM
Victorioussss replied at 23-1-2020 01:54 PM
Kau pun satu hal anak kecil merah lagi nak gi bawak gi public. Kalu xorg batuk dekat dgn anak kau, s ...

Tu la..lain kali jgn bwk baby tecik kuar terutamanya tempat crowded cmtu..geng2 vape ni dah la tolol & x mkn saman lak tu
Quote Victorioussss 23-1-2020 08:52 PM
salamon replied at 23-1-2020 08:01 PM
Tu la..lain kali jgn bwk baby tecik kuar terutamanya tempat crowded cmtu..geng2 vape ni dah la tol ...

benar

gi mampus sama baby kau sambil iols isap dunhill 20 kotak lama
Quote salamon 23-1-2020 09:36 PM
Victorioussss replied at 23-1-2020 08:52 PM
benar

gi mampus sama baby kau sambil iols isap dunhill 20 kotak lama

Jahatnyer mulut ko ni
Quote Victorioussss 23-1-2020 09:41 PM
salamon replied at 23-1-2020 09:36 PM
Jahatnyer mulut ko ni


Kedai makan xle isap. Dlm rumah xle nk isap sbb ade family. Soping mall xle isap. Time jalan kaki lima la isap

Then ade lak manusia bawak baby baru lahir gi tmpt public dn crowded pastu nk rage dia kena asap rokok atau vape

Yihh..koser
Quote babycc 23-1-2020 11:39 PM
Victorioussss replied at 23-1-2020 01:54 PM
Kau pun satu hal anak kecil merah lagi nak gi bawak gi public. Kalu xorg batuk dekat dgn anak kau, s ...

Lg setuju pendapat yg ni.. da tau anak kecik lg antibodi x kuat.. yg pi bwk berjln tu knp???
Quote cikX87 24-1-2020 03:34 AM
shernazz replied at 23-1-2020 11:33 AM
Paling hanat..hisap vape bau stoberi tembikai bagai
Pastu fuuuuhhhhh kat jalanan...
Jilaka btoi

hahahhahahahahaha astaghfirullahalazimmmm sisturrrr tersedak kite

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top