Lazimnya bila makan di kedai makan mahupun restoran terjumpa ulat, rambut, lipas dalam makanan itu mungkin perkara yang sudah biasa. Tapi penemuan bendasing lain kali ini memang memang rare lah.
Menerusi Facebook, Noor Azriah Abd Aziz meluahkan kekecewaannya selepas menemui mata kail dan tali tangsi dalam makanannya. Loading FB Post...
"Persoalannya kalau ikan ini dicuci bersih, takkan la tak jumpa mata kail ni, pakej dengan tali tangsi lagi," kongsi beliau di kiriman tersebut. Dia memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik kedai namun kecewa apabila mereka tidak menggantikan makanan tersebut dengan hidangan yang baru. "Tak minta diberi percuma pun, sekurang-kurangnya gantikan lah dengan ikan yang lain ke. "Ini tidak, ambil pinggan, minta maaf dan senyap sahaja, tetapi bayar tetap bayar," luahnya lagi. Malah, Noor Azriah turut berkongsi dia ditengking oleh pekerja di sana selepas memanggil mereka. Bagaimanapun Noor Azriah menegaskan perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin memberi peringatan kepada peniaga di luar sana supaya lebih mementingkan aspek kebersihan makanan yang dijual. "Kesian orang lapar-lapar nak datang makan, tiba-tiba dapat yang macam tu, Allahu. "Kalau tertelan tadi macamana," soalnya. Warganet turut terkejut dengan penemuan bendasing tersebut dan menyelar sikap peniaga yang kurang cakna terhadap kebersihan makanan yang dijual di situ. Bahaya betul kan? Sebagai peniaga, amalan kebersihan makanan perlu dititik beratkan bagi memastikan makanan yang disediakan terjamin kebersihan dan keselamatannya. Tak boleh fikir nak untung sahaja. - CARI |
ADVERTISEMENT