|
Gara-gara tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, pekerja di sebuah syarikat di China dihukum merangkak di hadapan kakitangan lain.
Memetik laporan Daily Mail, mereka yang dihukum itu terdiri daripada pengurus dan pengarah syarikat. Mereka dikatakan' menghukum' diri dengan berbuat demikian pada majlis makan malam bersama kakitangan yang lain di sebuah restoran di Jilin. Ini berdasarkan pengakuan seorangan kakitangan yang berkata, mereka melakukan aksi tersebut atas kerelaan sendiri. “Ada di antara mereka yang merangkak dan membuat tiga pusingan di lokasi berkenaan selepas gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan pada pertengahan tahun,” katanya.
Difahamkan juga pada majlis itu, terdapat beberapa kakitangan yang memegang bendera sambil menyebut 'saya bersumpah, saya bertanggungjawab' dengan menggunakan pembesar suara. Sebelum ini juga banyak kisah dan laporan mengenai hukuman pelik di China terhadap kakitangan syarikat. Namun, ada juga yang dijadikan publisiti semata-mata. - CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057710 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.