CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamba Naik Pesawat Dari London Ke Berlin Pakai Pasport Anak

23-1-2020 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5345| Komen: 31

Siapa sangka seorang ibu menaiki penerbangan ke Jerman menggunakan pasport bayi lelakinya tanpa langsung disedari pihak lapangan terbang. 

Daily Star melaporkan, Lenesha Riley, 33 naik penerbangan dari London ke Berlin dengan menggunakan dokumen bayinya secara tidak sengaja. 

Kredit foto: daily star

Pun begitu, dia hanya menyedari hal tersebut apabila tiba di lapangan terbang Jerman. 

Susulan itu, dia terkandas di bandar raya itu dan tidak dapat pulang ke negaranya. 

Difahamkan, wanita ini terpaksa meminta pertolongan sepupunya untuk datang ke Berlin dan membawa pasportnya yang sah. 

"Takutnya bila fikir orang lain boleh keluar dan masuk negara menggunakan pasport yang berbeza.

"Ia sudah tentu risiko keselamatan," kata Lenesha.

Namun akhirnya, wanita ini dibenarkan memasuki Berlin apabila saudaranya itu menghantar gambar salinan pasportnya. 

Lenesha dalam pada itu berasa hairan dan sukar percaya bagaimana pihak syarikat penerbangan membiarkannya menaiki penerbangan tanpa persoal dokumennya sebelum itu ketika di London.  - CARI 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-1-2020 06:18 PM
Siaplah pegawai bertugas tu nak kena menjawab macam mana makcik ni boleh terlepas naik flight
Quote Supersirap 23-1-2020 06:28 PM
Macam-macam hal
Quote TOPwind 23-1-2020 06:34 PM
ini tanggujawab bersama diri sendiri pun kena jwab
Quote harizs 23-1-2020 06:34 PM
mesti ada si malang  yg kena buang kerja
Quote wirazam 23-1-2020 06:42 PM
pergh...musti berpeluh2 pegawai imigresen london tu nak menjawab...
Quote Voyagers 23-1-2020 06:59 PM
wirazam replied at 23-1-2020 06:42 PM
pergh...musti berpeluh2 pegawai imigresen london tu nak menjawab...

ada pegawai imigiresen ke?

uk ni masa masuk jer kan ada imigresen.
masa keluar takde imigresen pun. semua airlines yang handle masa exit negara kan
Quote Lailerthee 23-1-2020 07:00 PM
Tak pasal pasal ada yang hilang kerja
Quote Voyagers 23-1-2020 07:01 PM
The UK, the USA, Canada, Ireland and Mexico do not impose systematic exit controls on departing passengers. You were not "stamped out" because it is currently deemed an unnecessary use of resources. No such exit stamp exists.

Your departure was recorded if you exited by sea, train or by air on a scheduled carrier.
Quote violetungu 23-1-2020 07:52 PM
Diri sendiri tu tak sedar ke salah bawa pasport?? tak pasal org lain disalahkan dan kehilangan kerja.
Quote MissMamamia75 23-1-2020 08:10 PM
Mungkin mukanya baby face gitu
Normally kalo org dr Asia pegi ke negara2
lain..kdg2 siap kena bukak spek mata..dan direnung {:childlike oleh pegawai imigresen..sampai malu2 sis dibuatnya{:shy
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 10:00 PM
Mmg ada yg kene buang keje la jawabnya
Quote KIM.K 23-1-2020 10:35 PM
Cuba makcik ni berhijab & nama Shuhada/Shaheeda ke. Maunya bersoal jawab
Quote LadyCarefree 24-1-2020 12:52 AM
MissMamamia75 replied at 23-1-2020 07:10 PM
Mungkin mukanya baby face gitu
Normally kalo org dr Asia pegi ke negara2
lain..kdg2 siap kena buka ...


Sah2 hang xpernah keluar dari UK
Quote LadyCarefree 24-1-2020 12:53 AM
KIM.K replied at 23-1-2020 09:35 PM
Cuba makcik ni berhijab & nama Shuhada/Shaheeda ke. Maunya bersoal jawab

Idok. Kalau keluar UK dari airport, hang jalan je terus xde imigresen tang nak keluar
Quote LadyCarefree 24-1-2020 12:54 AM
Kampungpeoplesz replied at 23-1-2020 09:00 PM
Mmg ada yg kene buang keje la jawabnya

Knape pulak. Airport kt UK klau nk keluar dari UK terbang ke tempat lain, xde imigresen
Quote LadyCarefree 24-1-2020 12:55 AM
violetungu replied at 23-1-2020 06:52 PM
Diri sendiri tu tak sedar ke salah bawa pasport?? tak pasal org lain disalahkan dan kehilangan kerja ...

Dia lupa bawa. Sbab kalau nk exit uk kat airport xde imigresen check
Quote Perawankota 24-1-2020 03:57 AM
X pasal2 nanti org lain blh ilang keje
Quote VirusDetected 24-1-2020 08:23 AM
Lenesha dalam pada itu berasa hairan dan sukar percaya bagaimana pihak syarikat penerbangan membiarkannya menaiki penerbangan tanpa persoal dokumennya sebelum itu ketika di London


buat kerja sambil lewa
Quote husna_amal 24-1-2020 09:45 AM
Imegresen pun cuai jugak.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051161 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top