CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Niat Baik Bertukar Tragedi" - Lelaki Alih Serpihan Tayar, Tercampak Dirempuh Lori

24-1-2020 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5175| Komen: 32

Menyedihkan, niat baik seorang lelaki mengalihkan serpihan tayar demi keselamatan pengguna lain bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah lori.

Astro Awani melaporkan, kejadian berlaku di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari arah Rawang ke arah Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 11 pagi, semalam. 

Dikatakan mangsa dirempuh sebuah lori yang gagal mengelak ketika masa sedang mengangkat serpihan tayar sehingga mangsa tercampak. 

Kredit foto: Awani

Mangsa dikenali sebagai Mohd Noor Shaari, 64 merupakan seorang kontraktor dari Chemor, Perak.

Saksi yang merupakan rakan mangsa berkata, mangsa sebelum itu berhenti di lorong kecemasan sebelum menuju ke arah tengah lebuh raya untuk mengutip serpihan tayar. 


Dia yang tidak dapat berbuat apa-apa hanya tergamam mendengar bunyi dentuman kuat dan mendapati mangsa sudah dirempuh sebuah lori. 

Mangsa mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian. - CARI  

1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 24-1-2020 01:21 PM
tak payah kutip lah... memang bahaya.. Dulu sedara ada meninggal mcm ni jugak.. dilanggar kereta waktu tolong kutip selipar mangsa kemalangan..mangsa asal  cedera ringan aje..
Quote mejaputih 24-1-2020 01:29 PM
Betul jgn berani nk kutip2..plus ada bagi nombor hotline jika terjumpa objek atas jalan..nnt akan dtg lori yg ada lampu arrow kelip2 utk tutup jalan supaya dorg boleh kutip pbjek tersebut..
Quote Carcosa 24-1-2020 01:30 PM
Kan haritu PLUS ke mana dah keluar kenyataan, jgn pegi kutip foreign object dkt tgh2 jalan kalau nampak. Just laporkan ajeeee. Knp pakcik hoiiii.... Niat tu mmg murni, tapi tak fikir ke org tersayang di rumahhhh...
Quote Skuau 24-1-2020 02:00 PM
Carcosa replied at 24-1-2020 01:30 PM
Kan haritu PLUS ke mana dah keluar kenyataan, jgn pegi kutip foreign object dkt tgh2 jalan kalau nam ...

ore tua...x sanggup bior benda x elok dpn mata.
Quote Boomibulat 24-1-2020 02:20 PM
Dah ajal..besar pahala pakcik nk tolong buang benda atas jalan..tp kat highway mmg bahaya sbb kenderaan laju..
Quote kucingitam 24-1-2020 02:22 PM
ye..PLUS dah bagi peringatan, jangan kutip.

tapi ada juga komen2 yang marah..kalau tak kutip sendiri, nak harap tunggu PLUS, ramai yang langgar, mati, bla..bla..bla.. jenis semua nak bangkang je kerjanya.

Apa pun, takziah untuk keluarga pakcik ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Meninggal atas niat baik.
Quote shernazz 24-1-2020 02:25 PM
Harintu kat silk hiway ada besi kat tengah..
Iols lalu lorong tu
Kebetulan mmg x jem
Tetibe ada 4x4 silk hiway potong n halang iols..
Nasib masa tu iols bawak 90 je..dan x banyak.kete
Rupanya dia nak.alih besi

Kalaulah iols lalu je..mmg habis kete kesayangan iols.neh..
Quote minguk 24-1-2020 02:30 PM
ermm kesiannya..
Quote mdhelmi 24-1-2020 02:54 PM
Tuhan dah tentukan sakitnya sakaratul maut pakcik tu hanya sekelip mata
Quote husna_amal 24-1-2020 04:02 PM
Mungkin kurang info tentang keselamatan jalan raya ni. Tu yang ambil langkah tindakan diri sendiri. Semoga arwah dirahmati Allah niat asal arwah baik cuma tak berapa tepat dengan caranya.
Quote FOTHER-MUCKER 24-1-2020 04:06 PM
Itu kerja plus.
Quote Artemesiaa 24-1-2020 04:12 PM
Betul tu jangan kutip bagitahu je petugas plus kalau ada ternampak objek ditengah jalan nanti mereka akan datang tolong alihkan.  Niat nak menolong macam ni boleh membahayakan nyawa sendiri.  Apa pun taklziah buat keluarga mangsa.
Quote dudaberhias 24-1-2020 04:16 PM
Mangsa dah tua, mungkin tak tahu pasal melapor ni semua, jadi dia ingat lebih baik dia alihkan dari orang lain yang kena. Ada yang kata dekat twitter mangsa ni hadap nak viral. Ya Allah orang tu dah tua sayang oiii. Kau tu yang hadap nak viral. Tengok yang mulut puaka tu pun rupanya #BapokBinatang
Quote xtahumenahu 24-1-2020 04:16 PM
Dah jadi asbab pakcik tu....Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yg soleh
Quote pyropura 24-1-2020 04:24 PM
Takziah lah.
Quote kimie2204 24-1-2020 04:31 PM
Bukan keje pakcik untuk kutip. Keje pakcik cuma laporkan. Salam takziah untuk keluarga si mati
Quote sidewinder 24-1-2020 04:50 PM
niat dia dah baik tp mengabaikan faktor keselamatan.......jln yg dia main tu highway bukan lorong kawasan perumahan.........bila dah jadi mcm ni confem satu sen dia tak dpt....yg susah waris dia .....apa2 pun takziah kepada keluarga dia
Quote Fly_over 24-1-2020 05:00 PM
kesiannya.. innalillah.....


serpihan tayar tu klu tlanggar boleh pecah bumper, rosak benda2 alah kt bwh kete. dh repair bribu2 pulak habis
Quote Cassieopeia 24-1-2020 05:34 PM
innalillahiwainnailaihirojiun...moga arwah pakcik dirahmati Allah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056323 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top