CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetamu Lebih Sudu Dari Kuah, Jurugambar Kecewa "Tak Tau Nak Kata Apa"

24-1-2020 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11062| Komen: 45

Sudah tentu agak mengecewakan apabila tugas seorang jurugambar dipandang enteng dan sering diganggu dengan tetamu yang terlampau teruja dalam majlis.

Hal tersebut dikongsikan oleh Haikal Omar yang nyata kecewa kerana tugasnya dalam merakam momen kedua mempelai pengantin terganggu apabila ada tetamu yang 'terlebih teruja' menangkap gambar menggunakan telefon.

Kredit foto: Twitter

“Hendak guna telefon tu boleh. Tapi janganlah buat macam ini pada kami.

“Moment pengantin itu untuk kami persembahkan dalam bentuk video. Jadi macam ni, tak tau la hendak kata apa,” katanya.


Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Ada yang mencadangkan agar Haikal membuat pengumuman terlebih dahulu sebelum majlis supaya para tetamu faham tugasnya. 

“Selama jaga majlis kahwin, kebanyakan orang buat macam tu, sebab tak nak orang ganggu jurufoto mereka. Jadi amaran awal-awal. Kita bayar jurufoto bukan mereka,” terang pengguna bernama Norardilla.

Meskipun dikatakan sebagai isu terpencil, namun perkongsian itu mendapat lebih 10 ribu kali kicau semula. - CARI 
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • spankee_fili

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-1-2020 05:35 PM
begaunya tangan.   
Quote Buritan 24-1-2020 06:02 PM
Kurex replied at 24-1-2020 05:35 PM
begaunya tangan.

Ko nak tak tgn cam tu kurek
Quote Artemesiaa 24-1-2020 06:03 PM
Ramai je perangai macam ni masa majlis berlangsung jenis tak pandang sekeliling
Quote makita 24-1-2020 06:12 PM
Patut pihak pengantin bgtaw siap2 pada tetamu jgn amek gmbar sbb da ada jurugambar. Gmbar akan dicetak dan diedarkan pada tetamu siap pos.
Quote jazaa100 24-1-2020 06:33 PM
Aku geli dgn org yg sibuk nk rakam ni....

Klu ada menteri berckp pun...dia yg bkn reporter ni sibuk kuarkn phone cap ayam nk rakam....nk bgtau jiran sebelah rumah kot....

Quote AvaAdore 24-1-2020 07:28 PM
Tak perasan kot, excited sgt. Kena warning awal2 dulu
Quote belilies 24-1-2020 07:36 PM
Jenis camnilah yang aku anti sesangat. Pastu kemahen share upload ke socmed mengalahkan empunya badan or immediate family. Kadang2 tu kenal2 camtu je.
Quote imransulaiman 24-1-2020 08:08 PM
Bila dah viral ni, apa agaknya perasaan empunya tangan tu? {:smile
Quote Levespa 24-1-2020 08:31 PM
memang ada pun org yg jenis tak perasan.. gitulah zaman semua org bawak kamera ni...tapi photog tu pun cakap je lah: dik maaf ya photographer mohon laluan untuk shoot... settle..
Quote RatuDunia94 24-1-2020 09:08 PM
Iols kalau g majlis kahwin sedsra mara ke kawan baik ke tak koser nk beriya amik gambor video bagai.. cukup sekeping dua dah lah.. buat semak memory phone jah.. ujung2 delete gak..
Quote lemak_masin 24-1-2020 10:34 PM
RatuDunia94 replied at 24-1-2020 09:08 PM
Iols kalau g majlis kahwin sedsra mara ke kawan baik ke tak koser nk beriya amik gambor video bagai. ...

Betul.... buat ape le sibuk2 nak ambik gambo kat majlis orang... buat menyemak memori phone je,..
Quote lemak_masin 24-1-2020 10:36 PM
Sian pengantin.. dah ler bayo pakej mahai..
Quote potpetpotpet 25-1-2020 12:30 AM
Masa aku kawen dlu, videographer and photographer dah cakap awal2 dengan tetamu, angel mana diorang akan shoot so diminta tetamu jangan block.
So tetamu pon faham la.
Quote Lalalili66778 25-1-2020 03:59 AM
Benda ni dah berzamn hadaplahh
Quote EvieWanKenobi 25-1-2020 06:49 AM
tangan dia sorang je..
nampak sangat tak paham bahasa..
Quote auntyonion 25-1-2020 08:13 AM
Jaman now common sense mcm da x wujud, helok sebelum start shoot pesan siap2 either pngantin atau photographer jgn ganggu shoot dgn hp cap ayam. Please la, da taw camera utk shoot kat blkg palotak ko, lg mau naikkan fon sendrik tinggi2 cmtu
Quote gideoncross 25-1-2020 08:16 AM
RatuDunia94 replied at 24-1-2020 09:08 PM
Iols kalau g majlis kahwin sedsra mara ke kawan baik ke tak koser nk beriya amik gambor video bagai. ...

Ha'ah, lgi2 klau dtg ke mjlis khwin yg kita x knal siapa yg khwin tu lol. Iol dtg utk makan je.

Quote CiliPadiSedap 25-1-2020 02:27 PM
bawa lesung batu ketuk je smartphone bangang tu
Quote makneng 25-1-2020 03:10 PM
sangkak la guest mcm ni..ko nape?? ko ke yg kawen sundddd??? halahh

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.398460 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top