CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Doa Allah Selamatkan Malaysia Dari Koronavirus"- Mufti WP Saran Solat Hajat

26-1-2020 10:59 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3586| Komen: 18|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Reuters

Penularan koronavirus yang mencetus kebimbangan turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dr Zulkifli mengambil kefahaman dan kesedaran tentang apa yang berlaku sebagai langkah berjaga-jaga menangani Novel Koronavirus.



Langkah utama yang perlu diambil seluruh rakyat Malaysia adalah menghindari dan membendung kerana mencegah lebih baik daripada merawat.


"Saya memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan laporan dan juga maklumat terkini bagaimana virus itu boleh mengjangkiti supaya masyarakat mendapat maklumat yang terus dan jelas," kata beliau yang dipetik dari Astro Awani.

Sementara itu, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk menyelamatkan Malaysia dari wabak ini.

"Saya minta kesabaran dan berdoa kepada Allah SWT dan sesuai sekiranya kita mengadakan solat hajat di masjid dan surau di mana khatib atau imam berdoa kepada Allah SWT agar penyakit ini tidak merebak.

"Saya berdoa kepada Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia dan juga negara lain daripada virus Wuhan yang melanda dan semoga mereka yang terjejas akibat penyakit itu diberikan kesembuhan,"katanya.

Dalam masa sama, menurut Dr Zulkifli, pentadbirannya juga akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jenazah mangsa Koronavirus dalam masa terdekat.

"Doa tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi dan akan dimuat naik di laman media sosial, Insya-Allah," katanya.

Berikut adalah tiga langkah melindungi diri daripada koronavirus mengikut saranan KKM.


Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia via Berita Harian

Jika anda mengalami simptom influenza seperti batuk, selesema atau demam, jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.

Setakat ini, tiada panduan berkenaan simptom khusus bagi jangkitan ini yang telah dikeluarkan.

Maka, persiapkan diri dan sentiasa ambil langkah pencegahan serta berjaga-jaga. Mencegah lebih baik dari mengubati. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RumiMenari 26-1-2020 11:21 AM
Saya doakan UMAT ISLAM selamat daripada virus ni.. Aminnnnnnm

-98 kredit
Racist/Hate speach
Quote dudaberhias 26-1-2020 11:43 AM
Semoga terlindung lah Malaysia dari virus ini
Quote awaynepian 26-1-2020 11:56 AM
Aamiin aamiin ya rabbal alamin
Hanya kepadamu ya Allah kami mohon pertolongan
Quote alesandra 26-1-2020 12:12 PM
amin...amin ya rabbal alamin.terima kasih kerana  menjadi pemimpin bersikap rasional
Quote chicozinn 26-1-2020 01:00 PM
Amin ya rabbal alamin..insha Allah Malaysia akan terselamat dari bala yg dirancang puak2 yahudi timur nih...
Quote fliphair8 26-1-2020 01:42 PM
Amin Ya Rabbal Alamin...semoga malaysia dillindungi
Quote arnauld 26-1-2020 01:47 PM
Datok mopti patut doakan sekali Allah lindungi kami dari kenchingan pee esh...tak berenti2 lagi ni hehehehe
Quote violetungu 26-1-2020 02:06 PM
Aaaaminnnn...semoga malaysia sentiasa dalam lindungan Allah.
Quote Rahah 26-1-2020 02:07 PM
Amin... Insya Allah... semoga kita semua dilindungi...
Quote Orix 26-1-2020 02:32 PM
Iols senyum sinis jah {:smile
Quote i_is_kennot 26-1-2020 06:13 PM
Baru je elok dari demam..  
Semoga kita semua dilindungi dari penyakit terancam... Amin
Quote jazaa100 26-1-2020 07:07 PM
Nampak mcm serius......

Tapi atok kata tak pe....tak perlu risau.....
Quote ina_na 26-1-2020 07:18 PM
Semoga rakyat Malaysia terhindar dr virus ni.. Kalo nk kn pun biar je pak menteri n kerabat dia yg kene.. Masing2 pun bukan memikir kan rakyat.. Agak2 kn tolak kredit x ni
Quote tobby 26-1-2020 07:20 PM
Belum ada yang mati lagi, jadi masih di tahap terkawal. Mungkin tu atok punya pemahaman. Layan.. tangan yang memilih.
Quote M5 26-1-2020 08:23 PM
ketentuan alam, yakni hukum alam tidak bergerak sedemikian ropa pakai doa, you need science
Quote bloodyamuk 27-1-2020 02:54 AM
semoga dipermudahkan...amin
Quote DARSITA 27-1-2020 05:14 AM

Petaling street .. mesti sunyi sepi.

Aii satu jer takut .. aii takut kerajaan China hantar semua pesakit pesakit ke Uyghur. Tak mustahil dia orang buat lab di sana dan gunakan masyarakat islam as guinea pigs
Quote husna_amal 28-1-2020 10:31 AM
Usaha kita untuk solat hajat semoga dihindari virus tu satu usaha yang baik tapi kerajaan pun tak berapa tegas dengan usaha tangani penularan virus pun susah juga.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.121398 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top