CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Dua Minggu Tak Nampak Bayang Dalam Sepahtu Reunion, Pak Ya Kena Gam Ke?

26-1-2020 08:41 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 25054| Komen: 100|Original author: Oleh: natrahn

Kredit Foto: Instagram Ilya Buang/Instagram Sepahtu Reunion

Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya mendakwa dihalang daripada membuat rakaman program Sepahtu Reunion Live yang sepatutnya berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Jumaat lalu.

Sepahtu Reunion Live 2020 adalah sitkom yang menampilkan kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu dibarisi oleh Jep, Shuib, Pak Ya dan juga Rahim.



Dua minggu Pak Ya tak ada walaupun sebelum ini dia bersama kumpula Rare (Ajak Shiro dan Ropie) menyertai MLM2019.

Katanya, insiden itu dipercayai berpunca daripada sindiran dalam persembahannya pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bersama kumpulan Rare sebelum ini.

"Ya, betul saya disekat daripada beraksi oleh orang-orang tertentu di Shah Alam. Ia mungkin berkaitan dengan Maharaja Lawak Mega yang saya buat masa final hari tu kerana mereka sendiri (pihak berkenaan) yang maklumkan kepada Astro.

"Memang ada sikit sindiran, cuma ia dibuat untuk tujuan melawak saja. Tak sangka pula mereka ambil serius," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 lalu, kumpulan Rare yang dianggotai Ajak, Ropie dan Ilya muncul dengan lawak sindiran apabila melakonkan babak komedi, di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).



Pak Ya menjelaskan Ropie turut dihalang daripada membuat persembahan di Shah Alam.

"Sebenarnya, kalau mereka juga ada persembahan di Shah Alam, semuanya akan kena (banned), termasuklah Ropie. Dia juga sepatutnya ada persembahan dengan Datuk Awie untuk konsert Romantika, tapi dia pun kena.

Rakaman Sepahtu Reunion Al-Puasa yang dijadualkan dibuat pada 26 Januari 2020 turut ditangguhkan atas sebab ketiadaaan Pak Ya. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri di Instagram ahli-ahli kumpulan Sepahtu.
 


"Bukan saya seorang saja, tapi satu kumpulan. Ajak pula kerjanya semua di luar Shah Alam, sebab tu dia tiada masalah. Apa yang saya boleh katakan setakat ini saya tak lepas untuk apa-apa rakaman termasuk Sepahtu Al-Puasa dan pihak produksi mengambil keputusan membatalkan recording itu esok sebab saya tak ada.

"Apa-apa pun saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak Astro kalau saya penyebab masalah ini sehingga ia mengganggu pihak produksi. InsyaAllah minggu depan saya harap perkara ini boleh selesai," ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut. Pihak Sepahtu cuma memaklumkan ketiadaan Pak Ya membuatkan urusan rakaman sitkom mereka ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Semoga ada penyelesaian yang boleh memberi peluang kepada Pak Ya untuk terus berkarya di kaca televisyen. - CARI
1

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen

  • Marah

    Anonymity

  • maximillion00

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atiesha 25-1-2020 06:43 AM
Kalo btol la...mmg x ptot kan.....sama ja dua2 pon...mtk dipuji.....padahal hauk ja dua2
Quote sarah82 25-1-2020 06:45 AM
Kalau betul.. Aku geleng kepala.. Sebab nanti ada bakal ada pencacai masuk dan back up tindakan mbsa tu
Quote Lailerthee 25-1-2020 07:06 AM
sarah82 replied at 25-1-2020 06:45 AM
Kalau betul.. Aku geleng kepala.. Sebab nanti ada bakal ada pencacai masuk dan back up tindakan mbsa ...

Iolls tanya je... jgn ada yang hencap iolls dah hahaha
Quote Lailerthee 25-1-2020 07:07 AM
Atiesha replied at 25-1-2020 06:43 AM
Kalo btol la...mmg x ptot kan.....sama ja dua2 pon...mtk dipuji.....padahal hauk ja dua2

Kan? Tpi tga tgu komen dr sepahtu.
Quote Atiesha 25-1-2020 07:10 AM
Lailerthee replied at 25-1-2020 07:07 AM
Kan? Tpi tga tgu komen dr sepahtu.

Tu la..tgu respon depa...tp pasaipa pakya ja yg kena....pasai isu ph ayaq tu ka....
Quote sarah82 25-1-2020 07:15 AM
Lailerthee replied at 25-1-2020 07:06 AM
Iolls tanya je... jgn ada yang hencap iolls dah hahaha

Hahahaa... Pasti akan ada punya.. Pencacai PH tgh meroyan kalau bab2 kaitan dgn PH.. Nasib la Board gossip bakal penuh dgn geng CI
Quote Lailerthee 25-1-2020 07:20 AM
Atiesha replied at 25-1-2020 07:10 AM
Tu la..tgu respon depa...tp pasaipa pakya ja yg kena....pasai isu ph ayaq tu ka....

Aahh rasanya. Yg lawak depa masa MLM tu. rasanya pasal ph air tuu kot huhuhu
Quote babyhubby85 25-1-2020 07:24 AM
Ajak poyo nie kan yang mastermind time mlm haritu.. Patut dia je yg kena, awat hang over sangat ajak oiiiii yg kesian pak ya la if betoiii la mcm hang ckp tu tak boleh perform pasai sindir kerajaan, pak kodi tu yg ckp ayaq pH terokkk tu kena jugak la ye.. Kesian...
Quote Lailerthee 25-1-2020 07:26 AM
babyhubby85 replied at 25-1-2020 07:24 AM
Ajak poyo nie kan yang mastermind time mlm haritu.. Patut dia je yg kena, awat hang over sangat ajak ...

Sape mastermind i xsure la you tpi tu laa harap jep fight laa since dye pon org2 kerajaan ni kan huhuhuu
Quote babyhubby85 25-1-2020 07:28 AM
Lailerthee replied at 25-1-2020 07:26 AM
Sape mastermind i xsure la you tpi tu laa harap jep fight laa since dye pon org2 kerajaan ni kan h ...

Time final mlm tu pak ya sendiri habaq kat host yang ajak punya idea, depa 2 just follow je.
Quote Sachacha 25-1-2020 07:30 AM
Kisahnya..patutla pakya takde
Quote jijioaynna 25-1-2020 07:37 AM
Sbb tu jgk ke Ajak xjd host melodi?ermmm...klo iye,mmg PH ni tisu jgk la mcm zmn BN dlu...tp zmn BN lg teruk kot.kesian Pakya nk cari mkn xleh klo mcm ni.we should blame Ajak.ngko pn satu...cari ler idea yg bernas skit.xyah la sentuh isu2 politik ni...sbb yg tgk pn mcm2 b/ground..ade yg pro-BN,pro-PH..sentuh isu politik soooo xpandai!
Quote Lailerthee 25-1-2020 07:42 AM
jijioaynna replied at 25-1-2020 07:37 AM
Sbb tu jgk ke Ajak xjd host melodi?ermmm...klo iye,mmg PH ni tisu jgk la mcm zmn BN dlu...tp zmn BN  ...

Kan. Klu nk buat lawak benda2 mcm tu counter back laa dgn pujian ke apa another side. Xd la nampak sgt huhu
Quote sarah82 25-1-2020 07:52 AM
jijioaynna replied at 25-1-2020 07:37 AM
Sbb tu jgk ke Ajak xjd host melodi?ermmm...klo iye,mmg PH ni tisu jgk la mcm zmn BN dlu...tp zmn BN  ...

Kalau betul.. PH tengah jilat ludah la..

Mana dia kebebasan bersuara yg dicanang2 tu? Trump kena kutuk live dgn pelawak us relax saja dia tak banned. Sedangkan PH bertuhankan US takkan yg tu tak mo ikut.

Quote unguaurora 25-1-2020 07:59 AM
Pak ya xde pun xpe. Ada pun asyik kena bahan dgn bdk2 tu. Konon punchline x sampai la, lupa skrip la. Kesian pak ya. Kalau iols jd pak ya, angkat kaki ja
Quote Atiesha 25-1-2020 08:02 AM
Lailerthee replied at 25-1-2020 07:20 AM
Aahh rasanya. Yg lawak depa masa MLM tu. rasanya pasal ph air tuu kot huhuhu

Ksian kat pakya....sekat rezeki dia....
Quote damian_lee 25-1-2020 08:11 AM
sarah82 replied at 24-1-2020 11:52 PM
Kalau betul.. PH tengah jilat ludah la..

Mana dia kebebasan bersuara yg dicanang2 tu? Trump ke ...

Kebebasan bersuara sangat ... katanyaaaaaaa

LOL

Cuit siki
Segala mak dato menteri merempan kat twitter

Hahahahaha
Quote mixed 25-1-2020 08:14 AM
jijioaynna replied at 25-1-2020 07:37 AM
Sbb tu jgk ke Ajak xjd host melodi?ermmm...klo iye,mmg PH ni tisu jgk la mcm zmn BN dlu...tp zmn BN  ...

Ajak mmg lama dah ckp x nk jd host melodi
Quote sarah82 25-1-2020 08:15 AM
damian_lee replied at 25-1-2020 08:11 AM
Kebebasan bersuara sangat ... katanyaaaaaaa

LOL

Tu la.. Aku nak tergelak pencacai PH bukan main meroyan ckp menanam kebencian.. Wowww.. Dulu depa buat tak apa.. Skrg x boleh

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055170 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top