CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Koronavirus Cuba Lari Dari Hospital Di Johor

26-1-2020 09:44 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 13544| Komen: 119|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Penduduk Johor cemas apabila berita melaporkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dari China yang mengalami simptom-simptom koronavirus telah cuba untuk lari daripada dirawat di hospital. 

Menurut Harian Metro, bapa kepada kanak-kanak tersebut cuba untuk melarikan anaknya kerana tidak mahu dirawat di hospital dan mahu segera pulang ke negara asal.


Sumber Gambar: AlJazeera

Kanak-kanak itu dibawa keluar dari hospital oleh bapanya kerana mereka dilaporkan mahu menaiki penerbangan pulang ke China pada keesokan harinya. 

Bapa pesakit itu juga melarang anaknya daripada dikuarantin oleh pihak hospital, membuatkan doktor melaporkan isu ini kepada pihak polis meskipun sudah diterangkan berulang kali.


Foto: PenangKini


"Mengikut surat rujukan itu, pesakit mengalami demam, batuk dan demam kejung yang tidak diakui oleh ibu bapanya. Pemeriksaan dilakukan mengesahkan pesakit mengalami demam virus yang dipercayai koronavirus," katanya dalam laporan berkenaan.

Melihatkan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia apabila sudah beberapa kes dilaporkan di negara ini, Perdana Menteri Tun Mahathir pula masih tetap dengan pendirian dengan tidak menghalang kemasukan rakyat China buat masa ini.



Menurut Tun M, kerajaan tidak akan menarik semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China meskipun berita kemasukan warga China ke negara ini mendapat tentangan keras daripada rakyat Malaysia yang beranggapan perbuatan itu hanya akan membahayakan keselamatan negara ini. 

Namun, pemeriksaan ketat tetap akan dijalankn buat rakyat asing yang mahu masuk ke negara Malaysia.


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Coronavirus?

Infografik di bawah menjelaskan berkenaan Coronavirus yang anda perlu tahu. 


1. Apa itu Coronavirus?


Sumber Gambar: Facebook YOLAH


2. Bagaimana Coronavirus tersebar?


Sumber Gambar: Facebook YOLAH


3. Simpton-simptom dijangkiti Coronavirus.


Sumber Gambar: Facebook YOLAH


4. Langkah-langkah pencegahan


Sumber Gambar: Facebook YOLAH

Post asal: 


Mencegah itu lebih baik daripada merawat! - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 26-1-2020 09:52 AM
Alahai, geramnya!
Quote belilies 26-1-2020 09:52 AM
Yang ni kita panggil bodoh tapi tetap nak membiak. Takut rugi, tetap nak bawa anak melancong tempat orang. Pastu tanak rugi, degil nak balik tak abiskan rawatan. Patut dipupuskan aje.
Quote dizekni 26-1-2020 09:59 AM
Tembak je la kalo nyusahkan lagi ramai orang
Quote yuki812 26-1-2020 10:09 AM
bapak bdk ni fikir tak mo ank dia mati kat malaysia lah tu. nak mati kat tanah tumpah darah dia lah konon. ni macam lah dia leh balik ke wuhan balik. nak naik apa?? tongkang kot. yg kat wuhan pon sah2 tak mo terima org sakit dah. kalau mati kat sini..please charge bil tinggi ye sbb dah nyusahkan teruk semua pihak kat sini.
Quote dudaberhias 26-1-2020 10:11 AM
dia nak balik halau je lah balik... biar dia duduk happy2 dalam lockdown... kalau biar berkeliaran nanti orang malaysia pulak kena.... kalau kuarantin pun, nurse, doctor sini jugak boleh kena virus tu....
Quote dizekni 26-1-2020 10:14 AM
Dah atok alu2 kan sangat orang China, aku cadangkan hantar je ke rumah atok

tak pun rumah guan eng
Quote lemak_masin 26-1-2020 10:21 AM
Aku malas nak maki orang tuaaa...tapi atuk tua ini sudah lebihhh... Nak biar je rakyat china keluar masuk malaysia ni lagi dengan kes yang makin teruk ni...nak kene anak or cucu dia terjangkit coronavirus baru nak halang ke?
Quote matbad 26-1-2020 10:24 AM
Buat sgt kat uighur Islam..skali balasan Allah dgn kita kna tempias..masa kejadian smua pemimpin donia butakan mata pekakkan telinga..
Quote lemak_masin 26-1-2020 10:24 AM
kalau kite kat tempat bapak budak tu mungkin kite buat perkara yg sama kot.. takkan nak biar anak kat sini..lagipun kat katanyaaa ada flight dah esok... sian jugak.. anak kecik lagi.. 2 tahun
Quote Kurex 26-1-2020 10:41 AM
semoga budak tu ludah dekat muka saka 94 anak beranak
Quote MissVixen 26-1-2020 10:42 AM
Orang lain tak mahu terima...kita je bodoh terima. Jadi extended ward. Ingat murah ke nak buat isolation semua tu? Dr yang ada pun sibuk potong gaji dan jaga bajet. Untung prc masuk tu sikit berbanding kos nak tangani wabak ni kalau merebak. Tun ni doktor dulu, tapi dah tua ni tak boleh oakai otak ke?
Quote JokesCop 26-1-2020 10:45 AM
lemak_masin replied at 26-1-2020 10:24 AM
kalau kite kat tempat bapak budak tu mungkin kite buat perkara yg sama kot.. takkan nak biar anak ka ...

Nope, sorry, nyawa anak no.1 kalau dia ada coronavirus and aku dekat tengah2 negara yg berperang bom nuklear sekalipun, biar doktor habiskan rawatan. Nyawa dia lagi penting dari rasa cinta aku nak tgk muka dia hati2. Biarlah dia menangis ke, aku melalak ke, yg penting habiskan rawatan.

Dah settle semua, barulah keluar. Sayang ayah tu adalah sayang duniawi. Anak perlu hidup. No. 1.
Quote suriamir 26-1-2020 11:00 AM
skrg ni apa yg dpt kita rakyat malaysia buat utk bgi kefahaman atau mesej yg terang kat atok fossil yg kebanyakan rakyat da x suka dia dan cara kepimpinannya yg annoying tu ye selain dripada kita tulis kat soc med? dia ada baca ke? dia tau ke ye? haihhh sakit pulak hati ni
Quote FOTHER-MUCKER 26-1-2020 11:06 AM
Boleh lari sampai ke airport baru dapat tangkap. Siapa yang hantar tu waspada lah!

Warga China larikan kanak-kanak disyaki dijangkiti koronavirus ditahanFMT Reporters -

January 26, 2020 10:47 AM


Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din berkata, pasangan warga China dan anak mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua warga China yang melarikan anak mereka yang disyakiti dijangkitikoronavirus dri Hospital Sulta Aminah (HSA) di Johor Bahru dutahan malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din memberitahu Berita Harian pasangan itu ditahan pada pukul 9.20 malam.

“Malam tadi juga semua mereka dirujuk ke hospital untuk dikuarantin,” katanya kepada akhbar itu.
Difahamkan pasangan tersebut tidak mahu anak mereka dikuarantin kerana mereka tidak mahu terlepas penerbangan pulang ke China.

Menurut akhbar itu lagi, pasangan tersebut mahu anak mereka dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.
Semalam angka kematian akibat virus berkenaan melonjak kepada 56, dengan lebih 1,400 dijangkiti di seluruh dunia, kebanyakannya di China.
Malam tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes jangkitan koronavirus keempat di Malaysia.
Kesemua mangsa berasal dari China dan dilaporkan stabil.




Quote naina 26-1-2020 11:10 AM
Selfish gilaaa. Kau tau tak Anak kau pembawa virus skng. Harap2 dikuarantin terus ketat xlboleh keluar jumpa sapa2 pon. Gila ke.  Ntah2 parents budak tu pon dh berjangkit. Harap2 doktor dgn nurse sana pakai protection ketat2
Quote namieamuro 26-1-2020 11:11 AM
gile..dh tahap gini pun masih nk kate takde ape patut kite cemas kan..nk tggu berape juta lg warga dorg dtg sni smbil bawak pakej virus utk malaysia bru kite nk sekat?


Quote Fazzbulous 26-1-2020 11:13 AM
namieamuro replied at 26-1-2020 11:11 AM
gile..dh tahap gini pun masih nk kate takde ape patut kite cemas kan..nk tggu berape juta lg warga d ...

bio la menteri kena virus ni..baru depa rasa..pdn muka
Quote misuke 26-1-2020 11:16 AM
gigih dtg bawak virus.. pastu suke2 xnak kuarantin nak balik china balik. suweyy betul la puak coronavirus ni
Quote cmf_premierleag 26-1-2020 11:23 AM
eloklah berambus sana
padan muka ummah jdt dpt virus

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076500 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top